Tuesday, February 9, 2016

Keguguran ~~

Salam semua..

Mesti awak semua terkejut dengan post  malam ni.
Sebenarnya, berita sedih ni dah 3 minggu berlaku..iaitu pada 22hb Januari ; jatuh pada hari Jumaat. Nanti i ceritakan satu persatu.

15hb Januari 2016 ; pukul 2 tengahari.
Tetiba rasa macam sesuatu mengalir. Fikir, may be period selepas sebulan tak 
period. Memang sebelum ni, period i tak teratur. Selalunya, bila dah lewat
sebulan i akan buat pregnancy test and hasilnya akan negative. Rasa sedih sangat. Bukan 
sekali dua hasilnya negative, tapi dah bekali-kali. So, untuk kali ni I dah kehabisan 
pregnancy test and decide tak nak buat test terlalu awal.
Nak tunggu hujung bulan January sebab nak buat surprise untuk birthday
my husband yang jatuh on 26 January. And bila gi toilet, ada kemerah-merahan and rasa 
sedih kecewa terus datang tiba-tiba.

Pukul 8 malam, I accident dengan Vellfire and apa yang I rasa ketika itu,
Ya Allah...my baby!. Drastic keluar dari mulut sambil pegang perut. Iya lah,
sebab time accident tu, Badan ni terhentak ke stereng and dashboard.
Tapi, baru perasan yang i dah period.

16hb - 20hb Januari 2016.
Bleeding berlaku seperti biasa..macam period.

21hbJanuari 2016 ; pukul 9 malam
Malam tu pukul 9.30, i and Aisya bergerak ke KTM Kuang untuk menjemput
my husband pulang dari kerja. Tima tu dah rasa sakit2 perut macam senggugut.
Then bila sampai rumah, sakit makin kuat. Pukul 11 malam, time nak tido sempat
ke tandas untuk buang air kecik and time tu dah keluar satu ketulan 
darah sebesar 8 - 9 cm. Ketulan tu ada seperti tali pusat..sebab
berwarna putih and sempat panggil suami untuk tunjukkan dekat dia.
i bagitau dia macam bentuk baby kan? macam janin..and dia
kata bukanlah...sayangkan period. then i just ignore kan saja.

22hb Januari 2016 ; pukul 4 pagi
Perut terasa sakit sangat2. Macam senggugut yang teruk and ada benda nak
keluar. bila kencing, terus darah mengalir laju and ada ketulan2 banyak
keluar. I panik dan terketar-ketar. Dalam otak, just fikir
Aku gugur ke ni? Ya Allah...betul ke ni? Dengan tercungap-cungap, kejutkan
suami untuk dia tengok. Dia pun terkejut. and decide we decide to go to clinik and take half day for checking. Bleeding plus sakit di bahagian ari-ari berterusan hingga ke 
subuh. pagi tu, inform my boss minta half day.

Pukul 8 pagi sempat hantar Aisya ke sekolah sebab ingat lepas checking kat
klinik, terus gi kerja. pukul 10 pagi, decide ke Klinik Rozita, Saujana Utama
Sungai Buloh. Bila Dr. Rozita buat scan, dia inform yang I sebenarnya dah 
pregnant 10 minggu...TAPI..dah keguguran.
Time tu, Allah swt saja yang tahu. Cahaya mata kedua yang kami tunggu-tunggu
selama ni dah tiada. Dia datang tanpa kami sedar and dia pergi
dengan sejuta kejutan.

Sebelum tu, aku ada rasa sakit2 dekat breast. Kawan office aku, Azie
yang tengah preggy 6 bulan ada bagitau itu tanda2 tengah preggy.
Aku tersenyum je. Lagi pun dah 4 tahun aku preggy. Dah lupa semua
tu. and Aisya pun ada datang cium perut aku tiba2. dia kata, nak
kiss baby. 

Time Dr. Rozita scan lagi tu, dia kata kantung baby dan sedikit 
mengecut. Air mata aku terus mengalir and suami aku pegang
tangan aku erat..dia minta aku bersabar. Doc tanya aku detail tentang period aku
and suami aku tolong explain dan dia minta kami redha dengan ketentuan ini.

Dia pesan lain kali, if period lambat, just check saja. positive and negative
tu lain cerita. at least kita tahu keadaan kita. Time tu nak 
menyesal pun dah tak guna...hanya Allah swt saja yang tahu
perasaan aku and suami. Doc minta kami refer ke Hospital Sg Buloh, 
sebab keguguran aku tak complete. still ada lagi balance.

Aku decide nak biar semuanya keluar di rumah, then baru ke hospital.
Hopefully, tak perlu D&C..adik aku kata sakit. Bila di rumah, husband
aku inform kat pada semua ahli keluarga kami. Aku berehat di bilik,
sedar tak sedar air mata akan mengalir.
sepanjang hari tu perut still sakit and aku berdoa pada Allah swt,
andai ini takdir kami, aku redha dan minta baby keluar dengan baik sambil 
tak putus2 baca Doa Nabi Nuh Ditelan ikan Nun.
Mama redha dengan ketentuan ini dan keluarlah dengan baik ye sayang.
mungkin sayang tak mau tinggalkan Syurga, tak mau jejak ke dunia yang
penuh dengan dugaan...semoga baby damai di sana.

ketulan yang keluar, kami tanam tepi pagar rumah. berdekatan dengan
surau. Mak aku pesan suruh tanam..walau apa pun bentuk yang keluar.

pukul 11.45 malam, time nak tido tu perut terasa sakit sangat2 dan tetiba
dapat rasakan ketulan besar keluar. rasa macam nak beranak. serta merta
rasa sakit tu hilang dengan tiba2. aku menjerit panggil suami, bagitau yang dah 
keluar. terus berlari ke tandas.
Nampak ada satu ketulan bulat leper seperti anak lesung batu.
Aku menangis...aku tahu, itu lah kantung baby. darah still mengalir.
terus aku suruh suami bungkus dalam tisu. tanam pagi esok di tempat yang sama.

23hb Januari 2016 : pukul 8 pagi
Kami dan Faiz (adik ipar) kebumikan kantung dan yang lain-lain di tempat 
yang sama sebelum suami aku ke tempat kerja. Hari ni dia akan half day, 
untuk bawa aku ke hospital untuk checking. Marah betul aku dengan boss
dia. Langsung tak tolerate dengan case emergency macam ni! 

Pukul 2.30 petang, kami terus ke Hospital Sg Buloh untuk checking.
After 2 hours menunggu, baru dapat check and doc time tanya,
betul ke yang aku ni pregnant sebab tak nampak kantung baby.
aku explain everything tentang hal semalam. then doc ambil sample
dari rahim aku.

Selepas tu, doc bagi injection untuk kejutan rahim akan ada 2nd time scan.
Alhamdulillh, rahim dah kosong..kantung dah keluar sendiri.
settle semua pukul 11 malam.

So, itulah pengalaman yang cukup indah bagi aku...walaupun cukup sedih, aku cuba 
terima seadanya dan redha yang aku baru kehilangan seorang anak syurga.
hampir 2 tahun kami menanti, dan Allah swt sudah menetapkan takdirnya untuk
kembali ke Syurga. Bila aku bagitau Aisya yang baby dah takde, dia terkejut buat 
muka and mata bulat. Dan kami akan ke tempat adiknya dikebumikan,
siram dengan air dan bunga...

Aku cuba untuk kuat selama seminggu berpantang, tapi aku tak kuat. setiap malam 
aku akan peluk suami dan menangis di bahu dia. 

Hari ni 9/2/2016, aku decide nak beli bunga Violet Queen. aku dan Aisya nak tanam dalam 
pasu dan letakkan di sebelah 'pusara' baby. Kebetulan, mak mertua dan adik ipar aku Amir and wife dia Ida balik dari kedai, tanya tengah buat apa. Aku just explain tengah 
tanam bunga. mak mertua aku cakap...ooo, tanam bunga untuk adik Aisya ye..
time tu, aku rasa sedih sangat......Ya Allah, kuatkan semangat aku. meskipun  hari ni dah hari yang ke 18hb dia pergi, aku tetap sedih..cuba untuk kuat.

Aku doakan semoga Allah swt berikan kekuatan dan semangant kepada aku.
Aku tahu, mungkin ini yang terbaik untuk kami. Mungkin ada hikmah
di sebaliknya. 


See you in Jannah ye sayang...

Wassalam

Saturday, September 19, 2015

Makan-Makan Di Chacup, Denai Alam ~~

Salam semua... kali ni kita nak cerita ala-ala Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu.
Dekat office baru ni, tak banyak pilihan kedai makan.
So, kebetulan ada Cafe baru buka dekat situ. Bersebelahan dengan
Pizza Hut Denai Alam, yang dinamakan Chacup Cafe.

Sekali pandang, nampak ada style. and rasa nak try.
Bila masuk saya, deconya nampak simple tapi ok.
and menu pun tak banyak choice untuk orang yang suka makan
nasi cam kita ni. more to western food macam steak,
speggeti. untuk menu masakan Malaysia pula macam Char Kueh tew and Mee kari
kot..and lastly, I dan Azie decide utk makan Char Kueh Tew macam yang
dalam gambar kat bawah ni... pinggan nak sama besar dah dengan Azie.
Hahahaa...


Amacam? Besar tak pinggan dia.. tu Trick je sebenarnya. Pinggan tu takdela
besar gedabak macam tu. tapi nak bagitau yang portion Char Kueh Tew dia memang 
banyak..and rasa dia memang sedap. Harga pun okla dengan portion dia, dlm
RM belas2 juga la...hehheee..Isi Udang pun manis dan kerang
pun gemok2. Lagi sedap bila letak cili jeruk tu...nyummmm

sampai masa nak bayar, Cashier tu pakai topi sampai tertutup muka.
Bila dia dongak, sekali pandang macam kenal. Duk terpikir jap,
kat mana pernah tengok muka ni. Bila dia senyum, nampak gigi barulah
I rasa kenal. Rupanya ni kedai Pelakon yang bernama Shajiry tuuu~~
yang jadi Pak cik kepada Nur Jannah dalam drama Syurga Nur di TV3 tu.
kalau korang tak ingat muka dia, sila Goggle ye...hehee

Chacup Cafe pun ada FB dia tau if korang semua nak tau kat mana
lokasi cafe dia. Sila view SINI 

Oklah selamat mencuba dan boleh minta sign juga nanti. 
Tu pun kalau korang peminat dia...hahaaa
K bye and wassalam.


Wednesday, September 16, 2015

Raya Di Krabi - Episod 2 ~~

Salam semua. hui, sangat busy la ni. sampaikan nak berblog pun tak dan aih.
tup tup dah masuk bulan 9. dari bulan 7 lagi katanya nk crita sal
beraya kat Krabi, sampai bulan 9 baru nak crita...bak kata Ropi Cecupak,
APA CITO! hahahaa..Ok la tak nak buang masa semua, meh cheq crita pengalaman
pertama cheq and family belah suami beraya kat Krabi.

18hb Julai 2015
Kami sekeluarga naik flight ke Krabi tak silap pukul 1 petang macam tula.
Sebelum tu have breakfast kat Old town KLIA2 jap. Penerbangan ke Krabi 
ambil masa 1jam 30 minit. macam nak balik Klantan je. cuma tambah 30 minit je. 
Cuaca pun time tu Alhamdulillah okay. matahari memancar2.

Kami sampai Airport Krabi dalam pukul 3.30 dah nak dekat pukul 4. 
di luar airport, kami sewa van yang mampu muat 10 orang ke
hotel penginapan dekat Pantai Ao Nang. perjalanan nak ke hotel 
ambik masa dalam 1 jam 30 minit juga la. Rata-rata penduduk dekat Krabi
ni gunakan Hilux or kenderaan 4x4 sebagai kenderaan dorang. teksi, jangan
cakapla..banyak sangat. apa yang menarik perhatian kami time on the way ke
hotel adalah mini pam minyak. dekat Malaysia mana ada wo..
rupa dia macam ni...

 Just imagine kalau di Malaysia ada mini pam minyak macam ni...mesti best kan?
Akhirnya sampai kami kat hotel Buri Tara, Ao Nang Beach.
hotel dia pun okay.

petang tu, kami just jalan2 sekitar situ je. banyak kedai2 yang jual barangan
cenderamata, tapi rasanya terlalu awal nak beli utk member office. Oh, lupa nak bagitau
yang perbezaan masa Malaysia dengan Krabi ni cuma 1 jam awal.
Lepas makan Petang termasuk utk malam, kami terus balik hotel. 

19hb Julai 2015
Kami tempah pakej melawat pulau2 di sekitar Krabi seperti Pulau Phi-Phi, Phi-Phi Don 
dan banyak lagi tempat menarik yang cantik kami singgah dengan
menaiki bot laju. uis, rasa nak muntah. tapi tahan je cheq.

lepas sejam lebih, akhirnya sampai juga ke darat. uuuu...rasa nak muntah 
makin kuat, tapi dapat ditahan lagi. Aku tak mandi sebab takut and
rasa trauma dengan laut sebab dah 1 kali lemas dekat pantai dekat 
rumah aku di Kelantan. Alhamdulillah, umur masih panjang.


 ni Pulau Monyet...dalam thai, tatau nama apa..

 ni pic bila sampai dekat pantai..

family yang lain pi mandi, snorkling...i cuma duk dalam bot jaga Aisya yang 
tengah tido. tak sempat nak merasa semua tu. takpe la.
lepas snorkling, balik...dari pagi sampai la ke petang. perut pun still kenyang lagi.

malam tu, kami pergi Krabi Night Market. dorang nak cari cenderamata
skit. Pasar malam dia macam biasa je. kami pergi dengan sewa teksi.
jumpa ramai juga orang Malaysia yang datang bercuti di Krabi. lepas beli barang
terus balik.

20hb Julai 2015
Kali ni kami ambik melawat gua dan berkayak pula ke satu tempat yang
dinamakan Bor Thor. Oleh sebab my husband tak pandai berkayak, so
kami guna khidmat pengayuh. dia satu kayak dengan pemandu pelancong and i dan aisya dengan assistant dia. cuaca panas sangat. aku yang bawak seluar yang basah,
jadi kering. takut pun takut gak sebab tasik tu dalam, tambah2
sambil pegang budak kecik tu. hampir sejam juga la duk berbaring dalam kayak, 
tengok pokok2 bakau, sampai sakit belakang aku. kayak aku yang 1st sampai. 
Akhirnya sampai juga di Gua tu. Gua tu adalah tempat sejarah, dikatakan tempat
tinggal orang zaman purba.buktinya, ada lukisan2 di dinding2 gua. lepas tgk gua ni, berkayak balik ke jeti utk makan tengah hari.

lepas makan, pemandu pelancong yang beragama islam ni, Abdul Mubin bawa kami
ke Phutara untuk mandi kolam pula. jauh juga la nak ke tempat tu.
aku tak mandi pun, si aisya ni tido pulak lagipun husband aku cakap
kolam ni dalam..and kebetulan pulan cuaca mendung tiba2. sekali dengan
hujan lebat. sementara nak tunggu hujan brenti, sempat
lagi order air dekat cafe Phutara. lepas hujan brenti, on the way pergi tengok Gajah pula. sempat la naik gajah selama sejam. sakit buntut i...huhuu


 lepas penat naik gajah, terus balik ke hotel. penat wooo.

21hb Julai 2015
Breakfast and pergi cari barang untuk souvenir skit and pastu bersiap untuk
berangkat balik. flight tak silap pukul 4. sampai kat airport krabi, cari tempat solat
jap sebab flight delay ke pukul 5. terpaksan solat di tepi kedai sebab airport ni
takde kemudahan surau untuk bersolat. akhirnya plane sampai juga. Good bye Krabi..

tu je lah yang mampu i story utk tatapan semua. k tata..nk tido dah.
bye and wassalam

Sunday, July 26, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Episod 1 ~~

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin semua.

Rasanya tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya.
Dah masuk raya ke 10 kita kan, rasa macam cepat pula masa berlalu.
Ada balik kampung jenguk family tak? mestilah ada kan?
i pun sama... kampung i nun jauh di Bachok, Kelantan.

I balik kampung 3 branak dengan bas pada 15hb Julai dekat Stesen bas sementara
Shah Alam. Naik bas Sani Ekpress. Ni adalah pengalaman pertama Aisya 
naik bas...hahaa...kecoh satu bas dengan suara dia.
Happy betul dapat naik bas.

Nak dipanjangkan cerita, jalan jemm giler babas uols. Tiket bas 8.30pagi, tapi bas
sampai pukul 9.30am. duk nyotnyot atas jalan, akhirnya alhamdulillah
sampai dekat Tesco KB pada pukul 9.30 malam.
bukak puasa dengan Twisties and seaweed snek je.
Si Aisya ni sepanjang 12 jam tu dah brapa botol susu dia sedut.
Dan brapa kali duk tanya Atok, Wan and Uncle dia dekat mana?
Jenuh nak explain dekat dia. Al maklumlah budak baru nak masuk 3 tahun.

Sampai je dekat KB, dah nampak ayah berdiri dekat  pintu bas dengan 
senyum lebar. ku salam tangan ayah and cium tangan dia.
tetiba rasa sebak. dan lama tak jumpa ayah...last jumpa
time CNY bulan 4 aritu...huhuuu

Ayah, mak and anak sedara aku; Damia yang nak masuk 4 tahun
datang sambut kitorang and ayah bawak kitorang
gi makan. last2 sampai rumah pukul 10.30 malam.

Dipendekkan cerita, tibalah masuk 1 Syawal. aku pakai baju kurung sedendon dengan 
Aisya. kain cotton yang Mak mertua aku beli dekat Vietnam bulan 3 hari tu.
aku minta mak buat Aisya baju kurung juga. alhamdulillah siap juga akhirnya.
suami aku pula, macam biasa. malas nak gi beli baju raya.
katanya, dia dah ada banyak baju melayu. pakai pun jarang2.
ala...dah tak sedondon kita 3 branak...pasrah je la..


si budak kecik tu asyik betul dengan gitar mainan dia. nak minta
senyum depan kamera pun susah.


malam tu terus nak balik Sg Buloh dah. flight pukul 9.55 malam. tapi skali delay 
pulak la AirAsia ni...pukul 10.55 pulak.  so sempat la menyantap dekat
KFC Sultan Ismail Airport skejap sementara nk tunggu flight tiba.





selamat tinggal Kelantan...InsyaAllah akan kembali lagi nanti.
Ni baru post episod 1. nanti i shared story part 2 pulak ye.
Bye and wassalam.

Saturday, June 20, 2015

Cream Puff Girlz ~~

Salam semua...salam Ramadhan dan salam berpuasa.
Ha, korang mesti tengah pikir, nak masak apa untuk berbuka puasa hari ni? Kan..
Samalah kita, tapi i...nak beli apa hari ni? hahaaa....agak malas untuk masak hari ni.
Tak pun just tolong mak mertua masak. tapi 1-2 hari ni, bangun pagi asyik duk
terbau ayam goreng rempah je..tak tahu lah kenapa. 
May be sebab, tak sempat nak beli nasi lemak ayam rempah dekat bazar 
Ramadan Denai Alam last Friday hari tu.

Untuk makluman korang semua, office i dah berpindah dari KJ ke Denai Alam,
Seksyen U16, Shah Alam. Alhamdulillah, lagi dekat dengan rumah.
Dah tak buang masa 1 jam setengah ke KJ lagi!

Dulu, aku selalu merungut sal jemm dekat NKVE la, dekat LDP la...tapi
la ni, aku dah tak perlu nak hadap semua tu lagi. YEPPI!
Alhamdulillah....lagi terancang hidup aku sekarang.

Berbalik ke post hari ni, aku nak shared resepi nk buat Cream Puff yang
comel molek ni. Sebenarnya aku dah buat lama, tapi tak tau la kenapa
aku nak shared dengan korang. may be time tu busy kot...rasa~~

Ni pun first time aku buat. biasanya memang main beli je. tapi hari
tu kebetulan bahan-bahan semua ada dekat rumah. dan Alhamdulillah menjadi.
Suami and family pun suka. First buat, i buat piping kecil. manala kita tahu kan, then bila 
bakar dan masak baru perasan yg puff jadi kecik..hahahaa...boleh dingap
macam tu je oleh si kecik i...

2nd piping, i buat double pusing. baru la jadi besar skit. jadi lah macam yang
dalam gambar kat bawah ni..daripada 30 lebih puff yang ni balancenya. hahaaa..
nampak sangat sedap tu! boleh try lagi...tapi kalau nk mengoder, sorry la ye..
dah tutup! hahhaaa...


Bahan-bahan untuk puff :

100 gm butter 
1 cawan air 250ml
150 gm tepung gandum 
secubit garam 
4 biji telur
1 sdk esen vanila

Cara-cara sediakan doh:
1 ) Masakkan butter dalam air dengan api slow sehingga cair.
2) Tehn masukkan tepung & garam. Tutup api tapi still kacau slow2, jangan bagi doh keras. pastu sejukkan.
3) Pukul telur dan esen vanilla 
5) Masukkan telur sket demi sket dalam doh tadi sambil pukul dengan mixer sampai sebati.
6) Panaskan oven 200'c.
7) Pipingkan adunan tadi ke atas dulang. 
8) Spray sikit air ke puff kita then baru masuk ke oven. ini utk menggebu 
9)15 min pertama bakar dalam 200'c, kemudian turunkan suhu oven kita kepada 180'c selama 15-10 min bergantung kepada oven. 
10) Dah siap, sejuk kan sekejap dan dah boleh belah di bahagian tengan untuk diisikan inti kastad.

Bahan untuk Cream Kastard pula :

5 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat manis
1 sdk Esen vanila
1 sdb mentega

Caranya : 
1) satukan kesemua bahan, then tapis untuk buang tepung yang berketul2.
2) masakkan ke atas dapur dengan menggunakan api slow dan kacau.
3)teruskan mengacau, pastu masukkan butter dan tunggu sehingga mendidih
4)dah boleh tutup api, tapi teruskan kacau untuk elakkan krim kastad kita berketul2.


kemudian, bolehlah isikan krim kastard dekat puff tadi...dan selamat mencuba and selamat 
makan...n selamat berbuka puasa semua.

wassalam..

Sunday, May 10, 2015

Aisya Dah Stop Menyusu Badan ~~

Salam...

Aku nak shared sikit pasal anak dara  aku yang bakal berusia 3 tahun pada bulan Oktober
nanti. Masa dia baru masuk umur 2 tahun, aku and husband duk fikir macamana
nak stopkan Aisya daripada terus breastfeeding? Ada orang kata, kanak-kanak
perempuan ni tak elok menyusu badan lama2. Paling kurang
sampai 2 tahun saja. Ada yang kata boleh je, susu itu hukumnya sama
dengan makanan yang di makan pada usia dia.

Aku pernah try cara menyapukan bawang putih dekat 'situ', tapi si Aisya
ni buat tak endah je. Makin rancak pula dia menenen! lepas kenyang barulah
dia cakap 'pedas'. Hampeh betol! Akhirnya gagal.

2nd, aku try letak kapur makan. Hahaaa...Dia tengok pelik je. Aku cakap yang aku
sakit. Kena letak ubat sapu. Bila di offerkan, dia tak nak. Geli katanya.
Hah, senyum riang aku. Dah 3 malam tak menyusu badan. Alhamdulillah.
Last-last, dia makin kental. Sebabnya, bila nak tidur kita sapu kapur,
subuhnya, kapur tu dh kering and tertanggal. So, senang la dia menenen sepuas-
puasnya. Adui...cerdik betul la budak kecik ni! Geram je aku tengok,
bila dia nenen sambil pandang kita dengan senyum lebar. And gagal juga.

Lepas tu, aku tetiba terfikir nak letak inai Henna picit yang aku beli untuk
letak dekat jari jemari ku ini. Bila sapu henna dekat situ, totally
'situ' akan jadi sedikit kemerah-merahan. Macam kita pakai inai dekat 
jari tuu~~. Si Aisya ni pandang semacam je. Time tu dah
nak dekat tahun baru Cina. 2-3 malam juga la dia tak menenen.
Lepas tu, isap balik. Gagal balik plan aku.

Tahun baru cina, aku sekeluarga balik kampung sebab adik aku kahwin. 
Aisya, macam biasa. Still menyusu badan lagi. Cuma bila dah ada kawan
ni, dia kurang minta nak menenen. Alhamdulillah..dah good news.

Lepas balik dari kampung, aku tetiba timbul idea nak letak sirap pulak.
Hahhaa...sirap la pulak, mama weh! Caranya, aku sedut sirap guna picagari
ubat si aisya. And then aku cakap dekat Aisya yang nenen mama sakit.
Kena bagi makan ubat. Hahahaa...mau gelak satu bilik dengar ayat mama
dia. Dia okay, siap ulang balik yang 'mama sakit nenen'.
Lepas tu aku titiskan sirap tadi ke situ..and then bila aku offer nak 
menenen, dia tak nak. 

Alhamdulillah..cara ni berkesan sampai sekarang.
Now, dia dah tak menyusu badan lagi. Alhamdulillah sangat-sangat..
TAPI yang sedihnya, hampir semua orang yang si Aisya jumpa
dia akan cakap 'mama sakit nenen'. Adui...malunya mama!

Sabar je lah...asalkan dia dah tak menyusu badan lagi walau 
bermacam cara mama dia buat. Kadang-kadang kasihan pun ada, tapi lepas tu
kita kena ajar dia minum susu botol dengan lebih kerap lagi.
Kasi ganti balik susu ibu yang dah makin kurang itu...hehehee

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah aku dapat menyempurnakan tugas aku
selama 2 tahun 4 bulan untuk menyusukan Aisya secara eklusif.
Semoga selepas ini, aku mampu memberikan yang terbaik untuk adik-adiknya
yang bakal menyusul pula...Amin..ya rabbal alamin..dan InsyaAllah.

Sekian terima kasih and wassalam.

Thursday, April 30, 2015

I LOVE Football ~~

Salam semua...

Kalau korang semua baca tajuk post kali ni, mesti time tu korang dah
terpikir pasal pasukan negeri korangkan?? Hahaaa...well, aku pun sama.
Oleh kerana aku orang Kelantan Darul Naim totally aku pilih 
pasukan RED WARRIOR! Gomo Klate Gomo!!...Tapi suami aku pulak tak layan pasukan 
bola sepak Malaysia. Dia and family dia more prefer to bola sepak
Eropah. Dia suka pasukan Liverpool, ayah dan adik dia suka Manchester United,
adik ipar aku yg ke3 pula suka Arsenal..aduii.

Kalau di peringkat World Cup or FIFA, aku suka pasukan Jerman.
Ini semua gara-gara ambik subjek Bahasa Jerman as Third language time study
dekat UiTM Shah Alam 5 tahun yang lalu. So, jadi minat pada pasukan Jerman.

Tapi sekarang ni, perkembangan bola sepak Malaysia dah melalui banyak
perubahan. Dari orang tak minat, jadi minat. membuatkan sifat kenegerian
kita menjadi semakin kuat. Betul tak?


Walaupun perempuan, aku tetap minat bola dan sekarang lagi 
ramai orang perempuan minat bola. Ada yang support team negeri sendiri,
ada yang support team husband. Semua tu tak kisah, janji kita support
team Malaysia.

Aku minat team Kelantan sejak kecik lagi sebab selalu teman ayah
aku tengok bola malam-malam. Dulu aku masih ingat lagi yang pasukan
Kelantan ni, orang tak suka sangat sebab selalu gaduh dengan pasukan lawan. Memang betul...orang Kelantan ni ada angin amarah yang kuat kalau orang berbuat
jahat dengan dia tapi dia akan jadi sebaik-baik kawan jika kita
baik dengan dia.

Untuk merancakkan lagi kempen bola sepak Malaysia, syarikat2 bumiputera
pun turut terkena tempias dengan mengiklankan produk
mereka. Penuh di jersi..jom kita tengok..

Ni jersi pasukan Kelantan...The Red Warrior.
Set kito, kalu nak tahu info sal team TRW, pakat rhama2 serbu blog ni, dengan view 
SINIH deh. 

 Ni pula team Terengganu..Skuad Penyu...The Ninja Turtles..sorry gurau je..
Orang Tganu, demo semo buleh check sebarang info pasal Team penyu dekat SINI.

  And ini team Kedah.. Sang Kenari atau Helang Merah.

If, korang nak tengok pasukan negeri masing-masing boleh view dekat
blog sukan SINI.

Apa2 pun, sokonglah pasukan bola sepak Malaysia..and bak kata Menteri Sukan Malaysia,
Majulah Sukan Untuk Negara..

Bye and wassalam..