Saturday, June 25, 2011

Bersiul Itu Dosa!!

salam..

aku nk share sumthin y slalu duk bmain dlm otak aku. dulu, tgk org bsiul cmbest j. tringin nk buat, tp xreti. pnh aku try buat, bsembur air liur kluaq..hahaaa...ada sorg kwn aku pndai bsiul n last2 kena tgur ngn Ustaz. Ustaz ckp, xbek bsiul..ibarat awk MENYEMARAKKAN API NERAKA! SEBAB SETAN SUKE BSIUL N BTAMBAHLAH BEST FRIENDNYE NT... wah, tkejut beruk aku..puuhh, nsibek aku xreti. mungkin itulah hikmahnye buat aku..

akhirnye, aku try search kt itnet sal HUKUM BSIUL ni..n aku jumpa..dia ckp..

*********************************

Hukum bersiul:

SS Mufti Wilayah, Dato' Hashim Yahaya, Masail Fiqhiyah, menetapkan bersiul itu HARUS.

Dalil: AQ: 8: 35 (Dan tidaklah solat mereka pada sisi BaituLLah itu melainkan bersiul dan bertepuk tangan.) terjemah. Imam alQurthubi menjelaskan amalan bertepuk tangan dan bersiul ini merupakan amalan jahiliyah kerana dilakukan dalam ibadah. Jika dilakukan di luar ibadah atau di luar mesjid, maka tidak ada larangannya.

Bertepuk tangan dan bersiul juga dilarang jika ada tujuan menyindir dan mengejek.

Dalil: AQ:alHujurat: 11

Maka jika tepuk tangan untuk memberi semangat tidaklah mengapa, begitu juga bersiul, kalau utk kita saja dan tidak mengganggu orang lain, maka ia harus. Malah orang zaman dulu spt gembala kambing menggunakan siulan utk menghiburkan dirinya dan memanggil ternakannya.


sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay

****************************************

Jawapan :

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum bersiul (التصفير) sebahagian mengatakannya makruh. Dalil mereka adalah firman ALLAH swt :

وما كان صلاتهم عند البيت إلا مكاء وتصدية

Maksudnya : "Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan." (al-Anfal : 35)

al-Lajnah al-Daimah Arab Saudi ketika ditanya tentang hukum bertepuk tangan di dalam ayat di atas menjawab :

"Tidak harus bertepuk tangan, sekurang-kurangnya (hukumnya) adalah makruh yang bersangatan disebabkan ia adalah tanda jahiliyyah…" http://www.islam-qa.com/index.php?ds=qa&lv=browse&QR=20047&dgn=4&ln=ara

Manakala sebahagian ulama lain beranggapan bersiul itu adalah harus, kerana ayat al-Quran di atas menyebut sikap buruk jahiliyyah yang bersiul dan bertepuk tangan ketika beribadat. Maka jika di luar ibadat, ia menjadi harus.

Namun sebagai langkah berhati-hati adalah lebih baik kita menjauhi dari bersiul dan bertepuk tangan. Tambahan pula perbuatan itu telah menjadi kebudayaan orang-orang kafir, di samping banyak cara berhibur yang lain.

wallahu a’lam.

sumber : http://capitt.blog.friendster.com/

***************************************

Bersiul-siul biasanya digunakan oleh golongan bukan muslim. Maka kita sebagai muslim tidak seharusnya mengikuti kebiasaan mereka.
Kiranya kita dah tiru merekalah...

Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka.”
(Diriwayatkan Imam Ahmad )

sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11488.0

*************************************

So, itlah jawapannye..ape y pnting = BERDOSA

Smoga uols mdpt keredaannye..amin..


9 comments:

  1. Tapi Ustaz Azhar Idrus cakap bersiul itu Makruh hukumnya

    ReplyDelete
  2. Salam adik Balqis,

    memang hukumya tak Haram. saya ada letakkan hukum2 dari ahli agama di atas untuk rujukan. Cuma yang saya ingin sampaikan bersiul itu berdosa. Kerana tindakan ini kurang baik untuk orang islam. Lebih baik mencegah dari melakukannya. Terima kasih kerana sudi singgah...

    ReplyDelete
  3. Maaf..kita siapa mahu katakan bersiul berdosa..sedangkan tiada dlm al hadis dan al quran..sya jga mrasakn mncegah lbih baik drpd mlkuknnya..tiada pndapat yg sahih lgi..jdi lbh baik mngikut ulamak drpada cakap orng..salam..maaf..

    ReplyDelete
  4. Apa la admin ni..tulis la pakai bahasa melayu standard...xperlu la campur dgn perktaan "uol" perkataan yg diguna dlm whtsap wechat harap simpan...kita klau nak tulis bnda untuk teguran prlulah gunakan cara penyampaian yg jelas dan ayat yg bole myakinkan org lain..

    ReplyDelete
  5. salam,

    terima kasih atas komen dan sebab singgah blog saya. Isu bersiul ni ada byk hukumnya. Bagi pendapat saya berdosa bersiul, sebab ini adalah perbuatan yang sia-sia (LAGHA). tiada matlamat sebenarnya. melainkan seorang (1 orang) itu tengah bergembira. memang tiada pahala yg diberikan. Kebanyakan dalil, atau info yang dinyatakan tentang bersiul ini adalah ' merupakan perbuatan orang bukan muslim'. kita sebagai orang muslim, rasanya tak perlula mengikuti perangai mereka.

    Sabda Rasulullah s.a.w : “Dari kebaikan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya “.

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Makruh atau lagha hukumnya tidak berdosa, tetapi sia-sia.

    Perkara yang dikirakan berdosa adalah perkara yang sabit larangannya dengan nas dari al-Quran dan Hadis.

    ReplyDelete
  7. terima kasih di atas komen saudara/ saudari..sama2 kita tambah ilmu dan saling berkongsi ilmu.. (^ _ ^) Y

    ReplyDelete
  8. terima kasih.. mantap sangat. saya memang sedang nak cari info pasal tu. Sri Hartati, an Indonesian.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete