Monday, May 5, 2014

Pastry Peanut Butter Plus Honey ~

Salam...

Kali ni resepi Pastry je aku nak post. Bukan apa, sebab selalu sangat buat pastry di hujung
minggu. Tapi pastry yang ni aku buat time nak gi kerja. buat dengan laju sebab
anak dara tengah tido. Biar dia tido lena dulu sebelum kejutkan dia nak pi nursery.
Kebetulan pulak papa dia kena pergi keje awal pagi.

Cara nak buat pastry ni cukup simple. Meh aku tunjukkan dulu rupanya macamana.
Nanti senang la uols nak buat. Tak gitu??


Tengok rupa pun dah comelkan? mesti korang teringin nak buat. Aku buat sikit je.
Boleh la Aisya makan di nursery sikit. Buat alas perut.

Bahan-bahan ;
1. Kulit Pastry jenama KAWAN
2. Peanut Butter / jemm / Nutella pun boleh
3. Madu
4. Kuning Telur
5. Gula Halus

Caranya ; 
1. Sapukan peanut butter/ jemm / nutella di atas kulit pastry.
2. Kemudian gulung kulit pastry tersebut.
3. Potong putus pastry tersebut dan sapukan kulit telur di tepi pastry dan tabut dgn gula.
4. bahagian atas di sapukan dengan madu.
5. Sedia di bakar pada suhu 200'c selama 20 minit.

Senangkan? kalau nak lagi menarik. Uols boleh cucuk pastry ni yang siap di bakar
dengan lidi satay dan hias cantik2 dengan sos sirap. atau taburkan dengan
manik2 gula warna warni.

Selamat mencuba. Tata dan wassalam


Sosej Roll - Lagi ~~

Salam,

Jumpa lagi. Memang niat di hati malam ni aje nak share resepi masakan saja.
hahahaa...niat yang baik untuk berkongsi ilmu dengan kawan.

Kali ni nak shared pasal resepi Sosej Roll atau Sosej gulung. Dulu, i pernah post
pasal sosej roll. Cara buatannya tetap sama, cuma kali ni ada satu lagi
cara yang baru i nak shared dengan uols semua.

Kalau uols nak tengak cara yang lepas2, sila view di SINI ye. 
I suka buat benda ni, sebab my hubby suka sangat sosej. So, org kata nak pikat hati
suami, kenalah pikat dengan masakan. Betul tak? Wooo, dah macam iklan masakan pulak.


Yang belah atas tu, cara dia i akan terang. Yang belah bawah tu, mesti uols dah taw kan?

Macamana nak buat macam yang belah atas tu, meh i story sikit.
Cara-cara ;
1. susun sosej di bahagian tengah kulit pastry. gulung kemas2.
2. Ambil pisau tajam dan potong kulit pastry yang mengandungi sosej di dalamnya
secara perlahan-lahan. Jangan bagi putus. Macam sikat tu...potong lagi kulit pastry.
3. kemudian buka/kembangkan macam bunga kulit pastry yg di potong itu.
4. susun secara menyilang kiri kanan berselang seli.
5. Dah siap menyilang, picit sos cili, tomato, mayonis atau sos BBQ di atas pastry tadi dan
siap untuk di bakar pada suhu 200'c selama 25-30 minit.

Harap uols dapat mempelajarinya. Jumpa lagi nanti. tata..


Pai Epal - So Simple ~~


Salam semua...

Masuk-masuk dah kasi uols terliurkan dengan tajuk post malam ni. Memang saja
nak suruh uols belajar buat. hehheheee..

Pai epal yg i buat ni sangat2 mudah. Semudah kita oder pai epal kat
kaunter McD. hahhaaa.. Jangan gelak banyak sangat, meh i share kan resepi
pai epal ni untuk uols.

Bahan-bahan :
1. Kulit pastry jenama Kawan 4x4
2. Kuning telur - kacau sampai sebati
3. 2 biji buah Epal Hijau yang di buang kulit dan di potong dadu kecil-kecil
4. Gula halus
5. Serbuk kayu manis - kikis dari kulit kayu manis pun boleh
6. Sedikit air dan tepung jagung untuk memekatkan inti
7. 1 sudu mentega / margerin

Cara-cara :
1. Potong dadu buah epal Hijau yang telah dibuang kulit
2. masukkan mentega ke dalam kuali, dan masukkan epal serta gula halus.
3. kacau sehingga gula mencair.
4. kemudian masukkan bancuhan tepung jagung bersama dengan air untuk memekatkan
inti epal kita.
5. masukkan serbuk kulit kayu manis dan kacau lagi sehinggalah air / sos sedikit
kering. jangan terlalu cair, takut susah nak balut pastry nanti. takut melimpah.
6. Tunggu inti epal sejuk dulu. Bila sudah sejuk boleh lah di letakkan di
atas kulit pastry. 
7. letak inti epal sedikit bawah dan gunakan garfu untuk melekatkan kedua-dua
bahagian kulit pastry.
8. Apabila sudah siap membalut, salut dengan kuning telur dan sedia untuk
di bakar pada suhu 200'c selama 25 minit. 

jangan lama-lama sangat, nanti hangus.

Mudahkan cara nak buat pai epal? Rasanya memang seakan pai epal mcD. daripada beratur nak membeli sekeping je kat Mcd, baik uols buat sendiri. boleh makan banyak-
banyak. 1 pek kulit pastry jenama kawan tu ada dalam 10 keping. So, ulos boleh
makan 10 keping pai epal ala-ala Mcd. Puas hati dapat buat sendiri.

Kalau tak suka epal, boleh guna buah2 lain. macam pisang, nenas, mangga..
caranya tetap sama, cuma tukar buah sahaja.

okalah uols, selamat mencuba taw..

tata dan wassalam.