Salam semua... kali ni kita nak cerita ala-ala Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu.
Dekat office baru ni, tak banyak pilihan kedai makan.
So, kebetulan ada Cafe baru buka dekat situ. Bersebelahan dengan
Pizza Hut Denai Alam, yang dinamakan Chacup Cafe.
Sekali pandang, nampak ada style. and rasa nak try.
Bila masuk saya, deconya nampak simple tapi ok.
and menu pun tak banyak choice untuk orang yang suka makan
nasi cam kita ni. more to western food macam steak,
speggeti. untuk menu masakan Malaysia pula macam Char Kueh tew and Mee kari
kot..and lastly, I dan Azie decide utk makan Char Kueh Tew macam yang
dalam gambar kat bawah ni... pinggan nak sama besar dah dengan Azie.
Hahahaa...
Amacam? Besar tak pinggan dia.. tu Trick je sebenarnya. Pinggan tu takdela
besar gedabak macam tu. tapi nak bagitau yang portion Char Kueh Tew dia memang
banyak..and rasa dia memang sedap. Harga pun okla dengan portion dia, dlm
RM belas2 juga la...hehheee..Isi Udang pun manis dan kerang
pun gemok2. Lagi sedap bila letak cili jeruk tu...nyummmm
sampai masa nak bayar, Cashier tu pakai topi sampai tertutup muka.
Bila dia dongak, sekali pandang macam kenal. Duk terpikir jap,
kat mana pernah tengok muka ni. Bila dia senyum, nampak gigi barulah
I rasa kenal. Rupanya ni kedai Pelakon yang bernama Shajiry tuuu~~
yang jadi Pak cik kepada Nur Jannah dalam drama Syurga Nur di TV3 tu.
kalau korang tak ingat muka dia, sila Goggle ye...hehee
Chacup Cafe pun ada FB dia tau if korang semua nak tau kat mana
lokasi cafe dia. Sila view SINI
Oklah selamat mencuba dan boleh minta sign juga nanti.
Tu pun kalau korang peminat dia...hahaaa
K bye and wassalam.
No comments:
Post a Comment