Banyak benda yang selalu bermain di otak ni. Tak kiralah aspek apa-apa pun. Kalau boleh semua benda nak tulis. Hopefully, pembaca-pembaca yang mengenali, ingin mengenali dan yang baru mengenali, sudi-sudikanlah bagi pendapat dan pandangan dalam Blog ni. Wassalam
Tuesday, December 22, 2009
BIODATA NABI MUHAMMAD
menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik!
Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada
perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan
ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH S.A.W.
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan...
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan
pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.
P/S : dari dlm inbox email aku
Wednesday, November 4, 2009
what is this??
tgk tajuk pun mesti korg t'tya2 apekah bnd y nak aku sampaikan nt..well, sbnrnya aku nk kongsi ngn sume ttg 1 rmh y aku jmp lately ni dkt kaw rmh aku. bagi aku ckup pelik n ada unsur2 seni dr babylon..cukup unik..yang dinamakan 'ISTANA BUNIAN"...wawawaHHHH
ini gmbr adik2 aku di dpn rmh bunian ini..smptla gak buat kngn..ape y diceritakan o tuan rmh ni adalah dia mengambil masa lebeh 20 thn untuk myiapkkn separuh rmh ni..ni pun tak siap lagi.. jom tgk bahagian luar plak..
amacam? cantik x? next pic plak 2 bahagian dlm y masih blum siap spenuhnya juga. ayah aku time tu duk interview tuan rmh..heheee..
ini plak pintu depan Istana Bunian tu...cukup kreatifkan? pelik..pelikkk...
ini tangga nk ke tingkt 2..atas, tapi tak siap gak...bwh tangga, ada kolam ikan tuu~~
tiang2 comel kt bgian dapur..bawah tu pun kolam gak.. so, cmne? cun x? k la aku chow dulu... wassalam n slamat bhibur ngn gmbr ni...tata
Wednesday, October 14, 2009
SICK~~~
dah lama tak mnulis di blog ni...almaklumla, skg ni makin bz sakan. keje btimbun di ofis ku yang baru berubah tmpt ddk. skg ni aku duk depan daripada belakng. faham ke? gerenti konfius.
aku just nak story cket ttg ape y blaku pas raya ni. aku rasa, thn ni cm agk xbest smbut raya... sebabnya, baju raya aku 2-2 xsiap...then, baju 2 konvo pun xciap gak...aduyai~~~
pas raya, sume sakit...sakit mkin mjadi2..smalam mak aku sakit..tekanan darah tinggi dalam kul 530 time subuh..n ayah bw mak ke klinik..hari ni mak xg keje. rest kt rmh je. good 4 her.. apa yang aku doakan time solat subuh td, moga Allah swt sembuhkan mak...amin..
k la aku nk smbg wat keje...org sblh cm jeling2 dh..tata
Sunday, September 13, 2009
SELAMAT HARI RAYA
why not.....
korg penh dgr x?..SWEEPING MALAYSIA yang sdg hebat dilaung2kan di indonesia? huh, terasa panas sluruh bdn aku bl dgr berita macm ni kat paper. bengang beb! stakat tarian tu pun nak gaduh. bukan ke PM dh bgtw y benda tu just SALAH FAHAM SAHAJA. bukannya btol...tapi, fhm2 je lah indon ni..angin kuat!
klaula benda mcm tu blaku gak kt MALAYSIA...cuma kt ubah sikit jdik GANYANG INDON..gerenti bjuta2 rakyat indon y merempat kt MALAYSIA ni akan bkurangan sdikit demi sdikit. n masalah sosial y slalu blaku dek kerana dorg akan bkurangan gak. tiada lagi masalah penderaan pmbantu rumah...
aku ckup fobia ngn org indon ni...dorg y dtg kt malaysia ni, bukannya y slalu korang gnbrkn kat tv dlm sinetron tu...mak aih, cukup daif..pgotor ngn rambut srabai je. aku nk naik bas sx ngn dorg pun rasa cm xslamat..rs cm aku plak PATI di bumi sendiri.
so, bagi korang ...pikirla mn y patut. ini cuma fikiran aku...why not, kt buat juga kt dorg y duk kt malaysia ni...bak kata org dulu2...ADA UBI ADA BATAS, ADA HARI KITA BALAS...k chow n wassalam..
Wednesday, August 19, 2009
CINTA KITA DI KLCC...hikhikkk
dh lama xbceloteh kt cini..hari ni bos aku xder. dia ada meting dkt KLCC 2 projek yang akan dlaksanakan di pekan, pahang. so means, aku tgh bosan y amat sgt ni. keje? keje xdela..aku dh siapkan dari smlm lagi.
cuaca ari ni dekat kelantan (bagi kaw kubang krian shj) sedikit mdung..cam nak ujan. alamak, jgnla ujan..cian dekat cik dilah nanti nk balek..basah lenjun ler..
sebut pasal KLCC, aku tringatkan kisah cinta aku di KLCC. slalula gak aku duk lepak ngn hubby aku di KLCC. sebabnye, kami juz bleh jump only in friday. so, nk tgk wayang lagi..nk dating lg.. kenala g KLCC, sebabnya ada masjid dekat citu. dia pergi smbyg jumaat n aku duk lepak dekat taman KLCC, tunggu dia abis solat.
lepas dia siap solat, kami ber2 g makaN..Biasanya kitorang akan mkn KFC..sebabnye..aku suka KFC..n dia lebih kpd McD..
air pancut dkt KLCC mmg lawa..ramai giler plancong asing dtg kt citu. amik2 gmbr n jenjln. bangga sih bila tgk org asing amik gmbr blatarkn KLCC..so, for the last word..aku bangga duk di malaysia yang bebas peperangan, kemarau, n others..k tata la ek, nk g toilet jp..byeeee
Wednesday, August 5, 2009
Rindu vs Windu????
tajuk atas tu, aku main redah je..utk makluman korg sume, aku dh slmat bkerja di tanah airku sdr...kt mn? kt kelantan ler. jimat bajet! bab kerje...bolehla tahan...janji dpt gaji...wahwawahhh. berbalik kepada tajuk diats(ceh, cm formal la plak). actually. aku rindu dekat member2 y sclass ngn aku dulu...dr sek.ren, sek.men, sek.men.atas n jugak member y se u ngn aku...
dl istilah kata lain, aku t'amat rindu kt korang suma.(malas nk sebut nama) n my hubby gak..hikhikkkk...bak kata org, dia di kutub barat and aku di kutub timur..(ade ke???).k ;a guys, doakan y tbaik utk aku k n i will wish 4 u all 2...n nanti kita cite lg k bab2 rindu ni.. k tata
p/s : apa kabarla cik linda n cik lela di sana~~~~(*_-)
Monday, July 27, 2009
Sunday, May 24, 2009
Keje Oh Keje...~~~
dh lama aku x update blog ni...(lama ke?). ape2 pun..skg ni aku duk mbuang masa di rumah tanpa mbuat ape2 keje..hopefully, keje y bkl pak cik aku ejaskn 2 aku nanti, dptla aku terima dgn jayanye..amin..(mesti korg pening ngn ayat aku nikn?)
ayah aku ada ejas 1 keje 2 aku d klntan, dekat tanah merah (bkt. bunga), tp aku xbrape suke sbbnye jauh sgt2...WAAwwaaaaawwAAA~~~..aku klau boleh nk tggu jwpn tawaran keje dr pak cik aku. mintak2la aku dpt keje tu..amin..
xsbrla nk keje coz kwn2 aku ade y dh dpt keje, malula duk rumah.tp aku x bosan pun sbbnye adik aku y kecik tu ade. skng ni die dh pandai..die bbahasakn diirnye 'KAKAK'..adushhh~~ terernye adik aku. if my little sister call her Kakak, mean kakak die yang sulung tu (akule) is adik..Wawawawawaww~~~ sengal tol..ape2 pun bunyinye cute sgt bila bdk kecik call die akak...so cute!!
so, kawan, doakn aku dpt keje cpt2 k..n jmpa lagi di lain hari. tatataaaaa~~
Tuesday, May 19, 2009
yaBedaBEDUUuuuuu~~~Alhamdulillah..
alhamdullillah dan syukur y xthingga ku panjatkan ke hadrat illahi, Allah saw, tuhanku yang maha esa..coz, akhirnya, tesis ku di terima juga..syukur sgt..
after, ammd, n penat jerih dlm proses myiapkn tesis ni..org 1st y aku call is my mummy n my dad.coz, beliau b2la y paling byk myumbangkn kos pada aku..di tq so much for my supervisor; PM hazlina Hamdan ats tunjuk ajar beliau...n xlupa gak buat 2nd reader aku..PM hanafi..tq so much n hanya allah saw y mampu mbalasnye..amin..
mlm esok, aku akn brgkt pulang ke kg halamanku...Kg Nipah, Bachok, Kelantan Darul Naim..xsbr rasanye nk mjejakkn kaki di tanah air ku sdr...(cewahhh!!)
ape2 pun tq so much buat member2ku BTRP08/2008-09. tq so much...k tata n see u all in konvoksyen nanti..insyallah..amin..n lastly, good bye FSPU, good Bye UiTM, Good Bye Apartment Baiduri, good bye Shah alam n Good bye my friends...(~_~)
Friday, May 15, 2009
aku takkan lupa..
aku skg ni duk mghitung hari2 terakhir aku bergelar seorg siswazah di UiTM
Wednesday, May 13, 2009
Mengantuk Sehhhh~~~~
alhamdullillah, sume usaha n kringat yang hampir sthn lebey aku perah sudah hampir ke pnmtnye. n hopefully, sumenye akan mjadi kenyataan..amin.
4 thn aku brada di sni..(s/alam), membuatkn aku dpt bezakn mn y kaca n mn y pmata. bmcm2 ragam mnsia aku jumpa.ada y pnuh ngn kepura2an, ibarat habis madu sepah di buang..di cmpk ke dlm tong sampah y brulat...(pedih sehh..)
4 bulan dulu, PTPTN still byk g..n keje pun xbrape byk. tp skg ni, btimbun keje dtg. cm lori y mbw smpah..n smph tu kena asingkn by bntk n jenis. penat sehh~~..sem ni mmg byk mnguji kesbrn aku, keimanan aku dan nilai sebuah pshabatan. time dugaan cm nilah kt akan tw sape sbnrnye, kawan n saper sbnrnye lawan...(~_~)
4 hari yang lepas, aku tlupa akn ssuatu y begitu penting dlm idup aku...to wish happy mother's day 4 my mum..Pn. Zaimah Binti Muhammad. apa y aku nk ucapkn aku amat terharu ngn pngorbanan mak aku 2 aku. tq so much, mum..u're the best n my angel..
4 jam y lalu, aku dh anta tesis aku 2 di hardcoverkn. alhamdullillah..sumenye dh selamat n just tunggu jwpn dr koordinator n KP je. smlmn xtido sbb pikirkn sal nk siapkn 2 ari ni. mkn pun juz main tibai je. tido...xyah ckpla bila msnye sharp 2 tido. n pagi tadi adalah 1 lagi cabaran utk menduga aku..khabisan paper di mlm buta mbuatkn aku cm orang gila..mncari2 A4..adush.. nasib baik ada jiran sebelh, bg pinjamkn papernye..tharu sehh~~..Jasamu Amat Dikenang..
4 minit tadi, dilah (my rumate) n kak shid (my pren) klua g crik ink 2 print tesis. cm y aku kata tadi, sumenye ni adalah dugaan dlm tesis. dlm rumah ni (rumah aku je) ada 4 printer, but juz only 1 y bley guna..sengalkn? coz xde ink. tryla bygkn kegelisahan ktorg ni...huhuhuuu~~ n dan lagi dorg ni buat lawak bengong..ntah~
Lastly, 4 saat y baru je blalu td, aku tdgr lalu 'u make me crazy' dr hot.fm..mmgla..byk sgt cubaan y mmbuatkn aku jd cm o/gila. tensen sehh~~. k la guys, aku chow dulu, cm nk mbaringla plak n sambil layan itnet..k tata n senyum sokmo wlpun byk dugaan y dtg..(yeke~)
p/s : dh xd y ke4nye lg..
Sunday, May 3, 2009
my last exam...alhamdullillah
lepas exam, anta tesis pd 11hb ni, aku akan stat brubah tittle as 'penganggur'..xtawla slama mn aku akan mnanam anggur. sama ada di s.alam @ di kg halamanku, negeri di bawah budu.
klau boleh aku nk pekerjaan y tetap, agar dapat kubahagiakan ke2 org tuaku, adik bradikku..alam pekerjaan mulai semakin mghampiri..bak kata seorg uncle, kehidupan di alam pekerjaan sgt suffering!..OMG!..really?
ape2 pun aku ttp akan usaha, bkerja sampai kaya....huwawawaaaaaa....k la geng, aku dh ngantuk ni.tiba-tiba tbau megi telur di penjuru idungku..(sedap gak ni), mata pun dh mngantuk sakan, si sahabat mulai bdengkur lembut..(krohhh...krohhhh...) dan malam semakin sunyi sepi..(jiwang kparatla plak mlm2 cenggini)
guy, doakan aku k..bjaya di dunia n akhirat..amin ya rabbal alamin..tata
Thursday, April 30, 2009
jom Usha filem ni...
crita ni akan ditayangkan di panggung2 y bdekatan ngn korang pada 21 mei spt mn y dh ttera dlm poster di atas. nk bc sinopsis die just view dkt http://www.budiey.com k.. k la aku dh lapa thp tenuk dh ni..nk g msk jp..t tata n jgn lupa tgk cite ni..filem kita, wajah kita..(yeke?) choww
Sunday, April 5, 2009
my Family and Friends...
Wednesday, March 25, 2009
Friday, March 20, 2009
in My Eyes
what's up guys...hari ni hari y cukup boring..ada keje tp rs mls plak. kat cni aku nk cite sket sal 2 insiden y blaku dpn rmh aku. just 4 your tatapan. nk citela cket, dlm ms xsmpai 4 hari, 2 insiden blaku d tmpt y sm..wowwwww...gile btol.
dikatakan punca blakunya insiden tu disbabkan oleh junction y xbrape baik..in bad condition.
2 gambar di atas ni adalah insiden y 1st blaku pada 10/03/09 pd pagi hari lg...di katakan mangsa(lelaki) bermotor, nk buat u turn but, tergelincir...n cedera di kepla. nasib baikla ada orang ramai yang tolong dia bw ke klinik. baik hatinya orang kita..
yang satu lagi tu, aku rakam (video - tapi xleh ltk kt sini sbb loadingnye lmbt sgt - sorryla k) adalah aksiden ke2 y blaku pada 13/03/03 n di tempat y sm gak. mangsa juga adalah seorg pembonceng motorsikal (lelaki). dipercayai die nk mbuat u-turn tp blanggar dgn kereta kelisa (pompuan). cedera di kaki. aku respekla kat orang malaysia yang mmbantu 2-2 mangsa kita ni. cukup baik.
ppepun, be carefull ngn jln tu..selekoh merbahaya..k la, aku chow dulu. tata...salam respect dari aku buat orang malaysia...bangga seh!!
Saturday, March 14, 2009
Ape hal Ngan Agnes Monica????
ade dgr x cite sal Agnes Monica yg lirik lagunya disifatkan cukup menghina islam???ok,,nasib baik korang der dgr.aku mmg anti Indon.sorila wa ckp lu....berbalik kepada tajuk bsr kita..si minah senget ni (senang sket) bestnye nyanyi lagu y ada menyebutkan nama n kalimah ALLAH SEDANGKAN die sbenarnya bagama kristian...isk isk1!!!! So, dipendekkan tangisan itu..pihak Mais (majlis agama islam selangor) btindak mharamkan lagu sengal tu atas unsur boleh memesongkan umat islam.kalau nk bc lebeh lanjut layari website ni.. http://www.budiey.com
kuang ajarla si minah senget ni n y buat lagu ini, dtg malaysia, aku baling ngn tomato busuk nt..fuh, nsib baik, aku ni sorg y baik..err, kpd sesiapa yang minat minah senget ni, lu pikir la sdr..malas aku nk ajar..k wassalam...
Wednesday, March 11, 2009
jommm baca Oh!Tidak...
aku ade jumpa satu web yang klau korang baca, mesti nak tgelak sakan.so, malas nk crita ngn panjang lebar..just ckeck it out k.banyak yang boleh kt plajari n boleh wat ubat stress.ape yang penting....bukan kejesama tapi kegembiraan.huwawaaa...k la malas nk ckp banyak, korang enjoyla blog tu k. http://ohtidak.com
tata...
Saturday, February 14, 2009
Selesema...
Peredaran udara yang baik juga akan turut membantu meningkatkan keselesaan pesakit. Namun rawatan pakar perubatan diperlukan sekiranya komplikasi lain timbul hingga menyebabkan jangkitan dada yang kronik atau gangguan telinga.
Selsema boleh merebak secara terus dari individu ke individu lain tanpa sebarang perantaraan seperti makanan, air atau binatang. Lazimnya virus disebarkan melalui titis-titis air yang dikeluarkan melalui sistem pernafasan dan bersin. Oleh itu, cara utama dalam mengurangkan penyebaran jangkitan ialah dengan memisahkan pesakit. Biasanya, sebelum penyakit itu berjaya dikesan, virus selsema tersebut telah tersebar kepada orang lain. (http://www.prn2.usm.my/)
Wednesday, February 11, 2009
Melayukah Kita?
assalamualaikum pembuka bicara...
Thursday, January 15, 2009
macamana kita?
masih tlekakah kita? sibuk dgn dunia hiburan sampaikan dunia arab di semenanjung gaza sedang dibanjiri dengan darah tidak dipedulikan? tanyalah sendiri or bak kata Nabil juara lawak musim ke2.."lu, pikirla sdri..."
meh, aku story skit ttg kekejaman org israel yahudi laknat thadap org palestine. aku slalu gak bkk bc paper kat utusan malaysia online n kosmo online..coz, aku ni mls sket nk trun g beli paper..bak kata org zaman itlah katakan. berbalik kepada topik asal..org israel ni, tak abis2 nk mmusnahkan bumi al-aqsa di palestine.dorang(israel) tetap ngn pdirian dorg nk rampas bumi gaza n sangggup masuk negeri org sbb bk negeri sderi. maklumlah, dorg 2 mn ada negeri. yang dorg dduk skg ni pun palestine yang bg..xbrima kasih lgsg..
dipendekkan cerita, ramailah warga wanita, kanak2 n golongan muda y mnjdi sasaran makhluk laknat ni. korg leh usha gmbr2 kat..
wordpress.com/tag/kekejaman-zionis...aku pun sedey bl tgk gmb2 tu...
tpulanglah kat korang nk mnilai..tp aku taw y korg pun stuju ngn aku.
so, kawan2..mehla kt sm2 bdoa ke hadrat illahi yg maha mengasihani dan maha berkuasa di ats muka bumi ni agar rakyat palestine selamat dr serangan bom fosforus n segala rintangan y melanda di bumi arab itu..
amin ya rabbal alamin...n wassalam