Bab 1
Cinta oh Cinta
Lama betul minah ni buang air. Air kecil ke air besar? Kakinya terasa
lenguh dek kerana sudah lama berdiri. Dia menoleh lagi. Namun temannya tetap
belum muncul-muncul juga. Perlahan menghentak-hentak kaki ke lantai. Dia sudah
mulai bosan menunggu lantas mengambil peluang untuk meronda-ronda ke kawasan
sekeliling. Satu persatu baju cantik yang tergantung di situ, di pegang.
Matanya terpaut pada sehelai baju yang baginya cukup menawan. Di ambil dan
diperagakan ke tubuh yang langsing. Beberapa gadis yang melintasinya melihat
sambil tersenyum-senyum. Dia pelik. Salah ke kalau aku nak pakai baju ni? Dia
orang tu jealous dengan aku
sebenarnya! Nurin mencebik.
Dia menoleh ke belakang dan matanya bertembung dengan sepasang mata
dari spesis yang berlainan dengannya. Masing-masing tergamam. Lelaki itu
tersenyum manis kepadanya. Tanpa sedar dia turut membalas senyumam itu. Manis
betul senyuman dia! Handsome pula tu.
Tiba-tiba seorang wanita mengandung menghampiri lelaki itu. Nurin terkedu.
Alamak, suami oranglah! Mampus!
“Sudah berapa bulan? Mesti baru dua bulankan?” Telinganya dapat
menangkap percakapan orang di sebelah. Apa yang bulan-bulan ni? Makin tidak
faham. Dia terdiam seketika. Mendongak ke atas. Patutlah budak-budak perempuan
tadi gelakkan aku. Ini tempat baju mengandung....dan patutlah lelaki tadi
senyum dekat aku. Dia ingat aku mengandung juga ke? Terus dia kembali ke tempat
dia menunggu tadi. Terasa bahu di cuit. Dia kaku. Mesti isteri lelaki tadi.
Macamana ni?
“Hoi, Cik Nurin. Kau ni kenapa? Keras macam batu saja. Sengal apa?” That sound? Dahinya berkerut. Ahah Qistina!
Terus dia menoleh. Qistina merenungnya pelik.
“Kau pergi mana tadi? Puas aku cari.” Qistina menyoal. Nurin terdiam
seketika. Teringatkan kisah cinta sementara tadi. Kisah cinta ke? Banyaklah!
“Banyak soal pula kau ni. Kau tu yang lambat, tanya aku pula. Apasal
kau lama sangat dalam toilet tadi?
Berak tahi batu ke?” Soal Nurin pula. Qistina tersengih-sengih.
“Sorry.... perut memulasla.
Tak boleh tahan.” Penjelasan ringkas dari Qistina.
“Dahla, jom balik. Aku dah boring
ni.”
“Okay, jom.” Terus menarik lengan Nurin pergi.
“Wah, sempat kau main mata depan aku, ye? Curanglah kau ni
Nurin. Sudah ada aku yang cun dekat sebelah, dan lagi nak cari yang baru.” Ucap
Qistina sambil tergelak-gelak. Nurin tertawa sambil pura-pura nak menyekeh
kepala sahabatnya itu.
“Mana ada aku curang. Sudah
kebetulan dia senyum. So, aku
senyumlah balik. Tapi tak sangka pula dia tu laki orang. Melepas...” Qistina
merapati lagi.
“Handsome
sangat ke? Dengan Harith mana lebih handsome?”
Nurin tersentak, merenung tajam wajah gadis di sebelahnya.
“Yang kau gatal nak
banding-bandingkan dengan Harith ni kenapa? Ingat aku kemaruk sangat dengan
budak sengal tu? Tolong sikit.” Qistina menjuih mulutnya.
“Eleh, macamlah aku tak tahu. Kau
suka pada Harithkan?” Soal Qistina pula.
“Gila apa kau ni? Betul, aku tak suka
dekat mamat sengal tu. Kau tak percaya? Lantak.” Aduh, apa hallah perempuan ni
tiba-tiba sebut pasal Harith pula hari ni? Macam dah tak ada nama lain ke dekat
dunia ni.
“Yelah-yelah, aku percaya.” Terus
menarik nafas lega.