Wednesday, March 20, 2013

Andai Aku Seorang PM ~~

salam semua..

kali ni nak post bg segmen 'koya-koya' jap atau maksudnya perasan sebentar.
andai ni boleh kita tafsir kan sebagai kalau..
tapi BERDOSA jika guna = KALAULAH....
sebab perkataan 'kalaulah' ini sebenarnya digunakan utk situasi y
TELAH TERJADI / BURUK

cth ayat : kemalangan y mragut nyawa datuknya.
dia : kalaulah aku xpandu laju2, mesti datuk hidup lagi.

Uolls boleh view pendapat ustaz2 dekat SINI

tapi, versi i ni versi y baik.
so kita guna andai jer k..

Andai aku seorang PM..mean Perdana menteri.
satu jer sistem dlm Msia y aku nk ubah.
yang lain tu xperlu diubah scaras drastik sgt.
TAPI..
yang ni lg penting...

AKU NAK WAKTU BERKERJA HARI AHAD SAMPAI KHAMIS SAHAJA.

korang nak taw kenapa? 

sebabnya :

> kerja hari jumaat - aku xdan nk potong kuku, xdan nk buat pkara2 sunat
pada hari jumaat. malam jumaat, xdan nk baca yassin. just dgr kt tpon jer.
sedih betolla..

knape Jumaat mesti kerja?
kenapa xleh cuti jer?

why? korg xtw ke y hari JUMAAT adalah pernghulu segala hari? Hari kita
membuat pahala sunat? byk sgt keistimewaan hari Jumaat ni.

kaum lelaki akan menunaikan solat jumaat dan mengumpul pahala
sesamu ummat islam di masjid.
kaum wanita?? entahla aku~~aku sendiri time tu sibuk dgn kerja.

Dulu, masa di Kelantan Darul Naim. Jumaat cuti, semuanya aku
sempat buat. Alhamdulillah..
ayah gi solat jumaat n kami y wanita2 ni tgh siapkan
makanan tghari. nk mkn sama2 ngn ayah bila balik dari masjid..
duduk bkumpul di ruang tamu tanpa meja. hanya beralaskan
surat khabar, menjamu selera dgn rahmat izin Allah berikan..

pagi tu, ayah akan pasangkan ceramah2 agama n abis ceramah,
dia akan menunggang motor ke tanah perkuburan plak.
ziarah kubur arwah atuk, nenek dan sdara2nya yang lain..

so, begitulah hari jumaat aku dulu. indah sgt..

dekat KL n S'gor, Jumaat kerja.
rasa mcm sungguh RUGI.

Keistimewaan Hari Jumaat:
 1.  Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
·                 Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
·                 Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
·                 Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
·                 Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
·                 Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.

2.  Hari Bagi Kaum Muslimin


Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.

3.  Penghulu Segala Hari

Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”

4.  Hari Kebesaran Mingguan

Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

5.  Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah  صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

6.  Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
 Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

7.  Hari Mustajab Berdoa
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

8.  Hari Dihapuskan Dosa


Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

9.  Hari Lebih Utama Bersedekah
 
10.  Hari Meraih Pahala
 
11.  Hari Hidayah Daripada Allah SWT


12.  Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).

13.  Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur. Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi) 

14.  Hari Berlakunya Qiamat
Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
 
15.  Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga

sumber : SINI dan SINI Gak 

subhanallah....byknya keistimewaan hari Jumaat.

so thats why la aku nk ari kerja ditukarkan dari ahad ke khamis jer...
k la nk stop dulu. jumpa lg nanti..wassalam

Monday, March 4, 2013

Mr Viva Kena Langgar ~~

salam semua...

arini aku cuti sbb kereta kesayangan beta kena langgar dari belakang oleh
kancil. si kancil ni dtg mmecut laju tanpa sempat memperlahankan
speed dia n nasib dia dpt tekan brek. klau x, may be lg teruk impact dia ke ats
mr.viva.

punca : lampu trafik tgh merah dekat ngn greenhill. aku bhenti 
kesan : dia xdan nk brek. kete aku kemek bonet (lgsung xleh lock), alarm bbunyi2, 
bumper blkg pecah, ekzos bgkok

aku nangis
sebab, xpernah blaku mcmni kt aku.
suami aku pun panik.
kitorg xtaw nk call sape. then dtgla abg2 ni y mmg keje utk
mmudahkan urusan kami.
 masala skrg, aku xd duit nk repair kete n bdk y mlanggar pun bkali2 minta
maaf. aku trauma jap..

sedih n takut..
aku peluk my hubby sbb tlampau sedih.
ngis di bahu dia. dia minta aku isytifar byk2.
alhamdulillah time tu, aisya xd, klau x mesti dia lg trauma
dr aku.

aku call my bos, minta cuti. xbrani nk drive lg
rs takut masih ada. then dpt lampu hijau dari bos.
dia suh settle kan semua tu dlu, tenangkan diri
then esk br dtg keje.

aku xtw nk settlekan masalah ni cmne. team abg2 ni bg cdgan
suh dorg settle kan. 1st, buat report polis dlu dkt ipd shah alam.
siap buat report, ditemani adik ipar aku; Amir satu abg ni ikut ktorg blek rmh. 
dia nk ptstet ic, lesen, 
geran kete n insuren kete.

nk serahkan kete kt org ni aku takut gak. takut dia bw lari je.
insyaallah, semoga urusan ini dipermudahkan..amin.

baba dan mama pun bimbang. apatah ayah aku.
insyaallah, semuanya akan baik, bak kata suami aku.
one week lg, aku akn btemu smula ngn mr viva..

esk gi keje ngn Kembara mama.
thank you Allah coz aku dan suami selamat dan still ada one car for us
to use for going work. alhamdulillah..
hopefully, semua ni berjalan dengan lancar dengan izin Allah.

to adik y memandu kancil :
aku sedikit kesal sbb adik xbrenti di lampu merah then xguna lane kcemasan
dgn spnuhnya.
tapi apa kan daya, benda sudah berlaku..
so, jadikanlah ini sbgai satu pgajaran buat aku dan dia and semua y tlibat time tu.

somehow kita dh be carefull in road, but may be someone not.
namun, semuanya takdir Allah swt.
mungkin ada hikmah yang Dia nak tunjuk pada kita.

at least, kita dh taw cmne nak uruskan procedure for this excident. 
apa yang penting aku dan suami selamat n mr.viva dpt body baru.

oklah ye, mata pun dh mgntuk sbb still sedih ngn apa y blaku tadi.
n waktu pun dh time sleep hour. selamat malam semua and
wassalam..