Tuesday, October 28, 2014

Himpunan Aktiviti di Bulan Oktober ~~

salam semua...

Fuhh...finally! ada kesempatan juga utk i update blog. dah berbulan2 bizi.
sepatutnya hari ni pun bizi. Hari ni i cuti, sebab jaga anak dara yang tak berapa sihat, yg dah masuk2 tahun last 18 Oktober lepas...sakit. 

1. Hari Raya Aidil Adha, Majlis Kenduri Akikah Aisya dan Pertunangan Adikku, Siti Noor Aqidah

Kita menyambut hari raya Aidil Adha pada 6hb Oktober, dan pada 7hb Oktober tu rumah kami di Kg Nipah, Bachok, Kelantan Darul Naim telah mengadakan 2 majlis serentak iaitu Majlis Akikah Aisya dan juga Majlis Pertunangan adik i yang ke 2, anak yg ke empat daripada 8 adik beradik.

Majlis Akikah Aisya ni dah lama tertangguh. mana tidaknya, dulu masa nak buat akikah dengan kambing peliharaan Ayah, sekali kambing betina tu bunting plak.
Bila dah beranak, ayah bernazar pulak atas kambing tu untuk adik i yang baru sembuh dari sakit kulit dia. jadi, pass kat anak kambing. last hari raya puasa yg lepas, ingatkan dh boleh buat akikah, tapi ayah ckp kambing jantan tu tak cukup umur lagi. so, terpaksala tunda.
akhirnya, raya haji ni baru boleh dibuat akikah. Alhamdulillah.

Daging kambing tu digunakan untuk kenduri pertunangan Aqidah dengan jejaka dari Besut, Tganu yang insyaAllah akan diadakan majlis walimatul urusnya pada next Tahun baru cina.





2. Selamat hari lahir yang ke-2, Siti Aisya Umairah
Alhamdulillah, pada 18hb 10 yang lepas, genap puteri sulung kami 2 tahun.
Tahun ni Aisya share birthday cake ngn mama. goodies untuk nursery pun
agak simple tapi cantik.. 




kek special dari papa...tq papa. 

Semoga Siti Aisya Umairah Binti Mohamed Firdauz di panjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik berpanjangan dan dilimpahi kebahagiaan dunia akhirat.
Amin 



3. Aisya kena jangkitan Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)
Semalam cikgu nursery dia whatsapp bagitau yg Aisya maybe kena sakit 'Kaki Tangan and Mulut'. Aduh...time tu i dah otw ke tempat keje. Dah kat NKVE, so terpaksalah
patah balik ke Saujana Utama untuk ambik Aisya gi check up kat Klinik Bahiyah.

So, memang doc dah confirmkan yg Aisya ke sakit tu. Satu rumah panik.
i apa lagi...pernah tau sal sakit ni, tapi tak tau cmne rupa dia.
Last saturday tu, ada nampak bintik2 merah dekat kaki. Tapi fikir, may be gigitan semut.

And then, kami pergi bercuti ke Melaka. time mandi kolam tu, ternampak gelembung2 ada nanah dekat kaki kanan Aisya. so, pikir maybe dia terpijak benda panas. hari tu gak dia ada mengadu sakit gigi. i check gusi, rasa macam graham kiri and kanan nk tumbuh. so, ingat maybe sakit gusi.

on the way back to kl, kami stop kat RnR Ayer Keroh, sebab my husband said yang dia mengantuk. time aisya and papa dia tido, i saja check mulut dia. then ternampak ulser.
no wonder la dia tak lalu makan. air liur meleleh.

so, dipendekkan cerita, itulah sebenarnya simpton penyakit tu.. iaitu bintik2 merah di kaki and telapak kaki tangan, ulser, takde selera makan and air liur meleleh.

Hari ni pi 2nd check up kat KK Kg Melayu Subang pulak, sebab ada infection dekat pipi dia sampaikan muka nampak mcm anak Jepun. rasa berbahang di bengkak tu. Doc just bagi antibiotik untuk dihabiskan dan ubat demam.

walaupun sakit, Aisya still aktif. menjerit2 macam orang tak sakit. lari kesana sini. Harap2 sakit dia akan surut..InsyaAllah.. apa yang penting:

1. Selalu lap air liur
2. Selalu cuci bersih tangan
3. Mandikan jika badan panas
4. bagi makan yang lembut
5. Bersihkan persekitaran

if, ada anak uols yang menderita pyakit yang sama, uols boleh la view blog2 perubatan di intenet and i juga ada follow contohnya

http://drzubaidi.com/blog/rawatan-untuk-penyakit-kaki-tangan-dan-mulut-hfmd/

sama2 kita doakan agar anak2 kita ni sihat walafiat dari segala penyakit yg merbahaya.
Amin.

bye and wassalam
 ~~ Alhamdulillah ~~