Monday, March 23, 2015

Akhirnya Aku Dapat Pakai Shawl!!!

Salam....

Aku sebenarnya excited nak cerita something happen to me last weekend.
Pada 21hb yang lepas, kami satu keluarga ke parit buntar, Perak untuk
merisik bagi pihak adik ipar aku yang 2nd, Syukri dan aweknya Nabiha.
Kiranya, aku akan dapat biras yang ke2. sebab biras yang 1st ni, 
wife adik ipar yang ke3; Amir.

Kalau diikutkan perancangannya tanpa sebarang halang, InsyaAllah
mereka berdua akan disatukan pada Februari or March tahun hadapan.

Actually, bukan itu yang nak diceritakan. itu hanya selingan je.
Aku nak bagitahu yang aku dah start belajar pakai shawl.
muahhahaaaa....happynya!.

Tapi...just Instant Shawl. Aku dah start rasa falling in love with this shawl.
Bukan apa. sebab this shwal don't have to lilit2 bagai.
Just satu kali pusing je and terus pin...tada...siap

Instant shwal color hitam hadiah dari suami tercinta dari Aeon Anggun Rawang,
 buat i jadi suka
nak pakai. tak rasa macam ular melilit leher.



yang kaler biru ni, paling aku suka. sebab kain dia lembut and sedikit berat.
Kain dia jatuh and terletak dengan cantik sekali. yang ni aku beli borong 5
helai dengan seorang kakak dari kelantan di FB. Abaikan muka gemok 
itu..hahahaa



so, akhirnya tercapai juga hasrat aku nak pakai sleendang or shawl.
no more lilit sehingga tercekik...ahhahaa

ok, selamat bershawl semua...
tata and wassalam

Sewaktu Bulan Mengambang ~~

Salam semua..

Mesti korang ada rasa takut sikit tentang post malam ni.
Tajuk saja gempak, sebenarnya i nak crita pasal 'bulan mengambang'.
dalam istilah orang perempuan, 'datang bulan' and dalam bahasa mat sallehnya
adalah Period. ahhahaaaa..

Aku nak korang imbas kembali time muda-mudi. kita go back ke time kita sekolah menengah or rendah. Ada sesetengah wanita ni, darjah 6 dah mai period.
dengan itu, bermula la pengalaman baru mencecah ke peringkat gadis sunti.
Akil baligh. Masa ni, kita jadi panik, tak tahu sangat and mungkin mak
pernah cerita pasal ni. tapi tak banyak.

Bila dah 'terjadi', kita akan mencari satu penyelesaian yang paling superb.
macam2 jenama ada kat kedai ketika datang bulan mengambang ni.
i dalam kategori lambat. datang bulan time di form 3.

Dulu, selalu nampak mak bawa 'sesuatu' macam bentuk biskut yang dibalut dengan
surat khabar cina. bila di buka, nampak bungkusan tulis CARINA.
belek-punya belek, terpikir sekejap. Apa benda ni?? kapas benda ni?
Bila pi tanya mak, panjang lebar mak crita.
Ibarat Habis satu buku teks sains tingkatan 3, mak karang.
Hhahaaa....akhirnya baru i paham.
Mak, cakap...orang perempuan time datang bulan, kena sorok2.
Malu kalau orang nampak..sebab benda ni kotor. Darah kotor katanya.

So, kalau i pi kedai kat kampung pun, mak cik dekat kedai tu 
akan tolong balutkan pek KOTEK untuk i walau pun i tak minta.
Sebab, hanya makcik2 je tahu tabiat bungkus pek ni.
Orang muda2 skrang ni takde.

La, ni...kita beli pek and siap hayungkan lagi pek tu.
Dengan bangganya nak tayang satu dunia yang dia tengah datang bulan
mengambang. Errrr....

Tapi ada satu yang buat aku kagum...bila lelaki pergi membeli 'benda itu'
untuk isteri tercinta. Macam sweet je, sebab kaum lelaki ni terpaksa tebalkan muka
pergi beli benda itu.
Hahhaa....paling tak sanggup dengar bila..
"Sayang nak yang ada wing ke yang biasa?"
Hhahahaha...seriously win!

So, time ni macam2 pengalaman kita ada. bagi wanita yang ada anak perempuan,
ajarlah dia, bimbinglah dia...agar dia paham kenapa dia
dijadikan sebagai wanita.
ceritakan tentang keistimewaan seorang wanita.
agar dia rasa diri dia dihargai...
bak kata iklan loreal...kerana diriku begitu berharga..wiii..
ok..bye and wassalam

Sunday, March 8, 2015

Walimatulurus adikku ; Aqidah dan pasangan ~~

Salam semua.

I nak post pasal wedding adik yang berlangsung dengan izin Allah swt pada 19hb Februari 2015. Akad nikah disempurnakan pada 18hb malamnya.
Alhamdulillah, memang penat sangat-sangat. 
Jom kita view gambar-gambar yang akan aku post ni.

Ini gambar time akad nikah dekat masjid. Malam tu saja dekat 6 orang pasangan
pengantin akan dinikahkan. Fuyoooo!!! Nasib baik kami datang awal, so dapatlah 
turn yang pertama. Dengan sekali lafaz, Aqidah sudah bergelar isteri kepada Mazrol.
Maka dengan itu, terlerai sudah tanggungjawab ayah aku kepada Aqidah dan diserahkan
kepada si suaminya pula. Alhamdulillah..
Selesai akad nikah, ada sedikit jamuan makan2 kat rumah untuk rombongan
pihak pengantin lelaki. 

Esokkannya, majlis kenduri kesyukuran diadakan. segala masakan dilakukan secara
bergotong royong. Antara masakan yang disediakan adalah ; Nasi putih, ayam masak merah/pedas, daging gulai kawah, acar timun, gulai nenas ikan kering, dan bubur kacang hijau sebagai pemanis mulut. Ada juga kuih kelantan, tapi aku tak tahu nama..
hahahhaa

Tema majlis di rumah aku sepatutnya warna purple, tapi di tukar last minit ke warna pink.
So, jadi campurla dua kaler ni. 

Ini anak aku dengan kakak sepupu dia; Damia. 


Kesempatan yang ada ini, diambil oleh kami sekeluarga untuk meraikan bersama-sama.
Sepupu dan saudara yang jauh semua datang bergotong-royong.
ALhamdulillah, masakan yang disediakan dipuji kesedapannya.

Dan akhirnya.....aku pakai juga shawl!!!!!!!! Yeppi! Ni shawl adik aku punya. 
Aku pinjam sebeb sesuai ngan baju kurung aku. Aku main tarah je. Pusing-pusing
mana yang sempat...dan..tara... okay tak? hehehhee...





Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pula pada 21hb Februari 2015 yang bertempat
di Kuala Besut. Temanya pula Kuning lemak ketam.


 Kami doakan semoga pasangan ini diberkati Allah swt dan kekal sehingga ke
Jannah. Amin ya rabbal alamin.