Thursday, April 30, 2015

I LOVE Football ~~

Salam semua...

Kalau korang semua baca tajuk post kali ni, mesti time tu korang dah
terpikir pasal pasukan negeri korangkan?? Hahaaa...well, aku pun sama.
Oleh kerana aku orang Kelantan Darul Naim totally aku pilih 
pasukan RED WARRIOR! Gomo Klate Gomo!!...Tapi suami aku pulak tak layan pasukan 
bola sepak Malaysia. Dia and family dia more prefer to bola sepak
Eropah. Dia suka pasukan Liverpool, ayah dan adik dia suka Manchester United,
adik ipar aku yg ke3 pula suka Arsenal..aduii.

Kalau di peringkat World Cup or FIFA, aku suka pasukan Jerman.
Ini semua gara-gara ambik subjek Bahasa Jerman as Third language time study
dekat UiTM Shah Alam 5 tahun yang lalu. So, jadi minat pada pasukan Jerman.

Tapi sekarang ni, perkembangan bola sepak Malaysia dah melalui banyak
perubahan. Dari orang tak minat, jadi minat. membuatkan sifat kenegerian
kita menjadi semakin kuat. Betul tak?


Walaupun perempuan, aku tetap minat bola dan sekarang lagi 
ramai orang perempuan minat bola. Ada yang support team negeri sendiri,
ada yang support team husband. Semua tu tak kisah, janji kita support
team Malaysia.

Aku minat team Kelantan sejak kecik lagi sebab selalu teman ayah
aku tengok bola malam-malam. Dulu aku masih ingat lagi yang pasukan
Kelantan ni, orang tak suka sangat sebab selalu gaduh dengan pasukan lawan. Memang betul...orang Kelantan ni ada angin amarah yang kuat kalau orang berbuat
jahat dengan dia tapi dia akan jadi sebaik-baik kawan jika kita
baik dengan dia.

Untuk merancakkan lagi kempen bola sepak Malaysia, syarikat2 bumiputera
pun turut terkena tempias dengan mengiklankan produk
mereka. Penuh di jersi..jom kita tengok..

Ni jersi pasukan Kelantan...The Red Warrior.
Set kito, kalu nak tahu info sal team TRW, pakat rhama2 serbu blog ni, dengan view 
SINIH deh. 

 Ni pula team Terengganu..Skuad Penyu...The Ninja Turtles..sorry gurau je..
Orang Tganu, demo semo buleh check sebarang info pasal Team penyu dekat SINI.

  And ini team Kedah.. Sang Kenari atau Helang Merah.

If, korang nak tengok pasukan negeri masing-masing boleh view dekat
blog sukan SINI.

Apa2 pun, sokonglah pasukan bola sepak Malaysia..and bak kata Menteri Sukan Malaysia,
Majulah Sukan Untuk Negara..

Bye and wassalam..

Friday, April 24, 2015

Review Produk -

Salam and selamat malam semua.
malam ni kita nak review satu produk ni. kita beli dekat 99Speedmart last week.
'Bubur Kacang Merah segera'. jangan ingat megi and bubur nasi je yang segera,
sekali bubur kacang pun dah ada yang segera. Harganya klau tak silap RM 2.50 
termasuk GST..hahhaaa...

di dalamnya, terdapat satu pek bubur kacang segera dan satu pek gula
untuk pemanis. hanya perlu masukkan air panas dan biarkan selama 10-15 minit
untuk melembutkan kacangnya.



Tapi i ni jenis tak sabar nak rasa. tak dan masuk minit ke 15, i dah buka nk try.
kacang pun tak lembut sangat lagi. tapi rasanya ok la. not bad cuma kurang manis.
almaklum la, i orang kelantan...kenala manis sikit. so, i tambahkan sedikit
gula and susu tepung untuk melemakkan lagi bubur kacang ni.
Dan ternyata...memang sedap.


So, whay not uols pergi beli and rasa. Tak silap ada banyak choice of bubur.
ada bubur kacang hitam and bubur kacang hijau.  at least you have choice 
utk pilih kacang mana yang uols suka.
and selamat membeli dan mecuba.
rugi tak cuba tau....
k bye and wassalam.

Biskut Butter Cookies ~~

Salam semua...

Sorry la sebab dah lama tak update blog. Bulan ni busy skit. Dengan anak dara demam la.
 Gi bercuti la. Ada hal itu, hal ini..sampai terlupa nak updated blog.

Terima kasih banyak2 pada semua pembaca blog ni. Tak sangka blog simple i dah 
mencecah 12k dah pembaca. Thanks a lot. Tanpa uols semua tak bermakna la
blog saya ni.




Btw, malam ni i nak shared sal buat biskut butter cookies last weeks.
This is my first time buat this cookies and Alhamdulillah, menjadi walaupun
ada yang terhangit sikit :p.. Kita follow blog akak ni Azlita Masam Manis.
Uols boleh view blog dia kalau nak try.
Meh kita shared resepi biskut tu :

Bahan-bahan :
1. 150gm mentega
2. 150gm tepung gandum
3. 75gm gula kastor
4. 50gm coklate chip
5. Esen vanila

Cara-caranya :
1. satukan tepung, gula kastor dan mentega terlebih dahulu.
2. kemudian satukan esen vanila, coklate chip. Siap!!!
3. Kemudian leperkan adunan and tekan dengan garfu utk mencorakkan skit
biskut kita...ahhaha
6. Bakar pada suhu 170'c selama 20-25 minit then sejukan sebelum
letak ke dalam bekas.


selamat mencuba semua..bye and wassalam

Saturday, April 4, 2015

Isu GST Yang Hangat ~~

Salam semua..

Dah masuk bulan April kita kan? Kadang-kadang bila terbangun pada pagi 1hb April
2015 ni, aku akan terdengar..
"sorry, GST only April Fool". ..tapi hampa.
1hb April, GST start. 

1hb tu, aku pi MyMydin nak pi beli susu tepung anak brand Anmum.
Aku tak brapa ingat sangat brapa harga sebenar susu tu sebelum 1hb April.
Aku just bayar je and then tgk susu tu tak dikenakan GST. harga RM 62.90..
dekat resit pun tercatat 0% GST.

2hb, tu pulak aku pergi lagi ke Mymydin nak pi beli susu and biskut utk 
anak dara buat bekal gi nursery. aku terdengar perbualan seorang makcik and seorang
uncle ni marah2 dekat cashier Mymydin. macam, diorang cakap
Mymydin ada kenakan GST dekat barang itu tapi bunting dekat
luar cakap barang tak dikenakan GST. Macam cakap tak serupa
bikin. Aku pun confuse. aku sendiri bila sebut GST, jadi blurr sangat. 
aku main bayar je and ada juga perasan
yang barang aku selalu beli dah naik harga. 

Kadang-kadang rasa menyesal pulak
tak buat perbelanjaan harian macam dulu.
Dulu, setiap bulan aku akan kumpul resit pembelian and apa-apa
jenis resit yang melibatkan pengeluaran wang, tampal dalam
buku. so, aku akan tahu kemana duit /gaji aku akan pergi.
ini juga dapat elakkan pembaziran.

Masa pergi beli dekat 99Speedmart pula, semua barang naik sebab harga 
itu dan termasuk GST. nak tak nak kita sebagai manusia terpaksa membeli
untuk teruskan hidup ni.

Baru nak merasa kenaikan gaji yang tak seberapa, terpaksa
merasa kenaikan barang yang drastik ni. aduyai..
sabo jelah...kan?

Oleh itu, kita harus berjimat cermat. berfikir dulu sebelum membeli.
apa yang tak penting, tolak tepi..hahaa..

ok lah guys, selamat berjimat cermat dan selamat berGST.
adui..bye and wassalam..