Salam...
Aku nak shared sikit pasal anak dara aku yang bakal berusia 3 tahun pada bulan Oktober
nanti. Masa dia baru masuk umur 2 tahun, aku and husband duk fikir macamana
nak stopkan Aisya daripada terus breastfeeding? Ada orang kata, kanak-kanak
perempuan ni tak elok menyusu badan lama2. Paling kurang
sampai 2 tahun saja. Ada yang kata boleh je, susu itu hukumnya sama
dengan makanan yang di makan pada usia dia.
Aku pernah try cara menyapukan bawang putih dekat 'situ', tapi si Aisya
ni buat tak endah je. Makin rancak pula dia menenen! lepas kenyang barulah
dia cakap 'pedas'. Hampeh betol! Akhirnya gagal.
2nd, aku try letak kapur makan. Hahaaa...Dia tengok pelik je. Aku cakap yang aku
sakit. Kena letak ubat sapu. Bila di offerkan, dia tak nak. Geli katanya.
Hah, senyum riang aku. Dah 3 malam tak menyusu badan. Alhamdulillah.
Last-last, dia makin kental. Sebabnya, bila nak tidur kita sapu kapur,
subuhnya, kapur tu dh kering and tertanggal. So, senang la dia menenen sepuas-
puasnya. Adui...cerdik betul la budak kecik ni! Geram je aku tengok,
bila dia nenen sambil pandang kita dengan senyum lebar. And gagal juga.
Lepas tu, aku tetiba terfikir nak letak inai Henna picit yang aku beli untuk
letak dekat jari jemari ku ini. Bila sapu henna dekat situ, totally
'situ' akan jadi sedikit kemerah-merahan. Macam kita pakai inai dekat
jari tuu~~. Si Aisya ni pandang semacam je. Time tu dah
nak dekat tahun baru Cina. 2-3 malam juga la dia tak menenen.
Lepas tu, isap balik. Gagal balik plan aku.
Tahun baru cina, aku sekeluarga balik kampung sebab adik aku kahwin.
Aisya, macam biasa. Still menyusu badan lagi. Cuma bila dah ada kawan
ni, dia kurang minta nak menenen. Alhamdulillah..dah good news.
Lepas balik dari kampung, aku tetiba timbul idea nak letak sirap pulak.
Hahhaa...sirap la pulak, mama weh! Caranya, aku sedut sirap guna picagari
ubat si aisya. And then aku cakap dekat Aisya yang nenen mama sakit.
Kena bagi makan ubat. Hahahaa...mau gelak satu bilik dengar ayat mama
dia. Dia okay, siap ulang balik yang 'mama sakit nenen'.
Lepas tu aku titiskan sirap tadi ke situ..and then bila aku offer nak
menenen, dia tak nak.
Alhamdulillah..cara ni berkesan sampai sekarang.
Now, dia dah tak menyusu badan lagi. Alhamdulillah sangat-sangat..
TAPI yang sedihnya, hampir semua orang yang si Aisya jumpa
dia akan cakap 'mama sakit nenen'. Adui...malunya mama!
Sabar je lah...asalkan dia dah tak menyusu badan lagi walau
bermacam cara mama dia buat. Kadang-kadang kasihan pun ada, tapi lepas tu
kita kena ajar dia minum susu botol dengan lebih kerap lagi.
Kasi ganti balik susu ibu yang dah makin kurang itu...hehehee
Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah aku dapat menyempurnakan tugas aku
selama 2 tahun 4 bulan untuk menyusukan Aisya secara eklusif.
Semoga selepas ini, aku mampu memberikan yang terbaik untuk adik-adiknya
yang bakal menyusul pula...Amin..ya rabbal alamin..dan InsyaAllah.
Sekian terima kasih and wassalam.