Saturday, September 19, 2015

Makan-Makan Di Chacup, Denai Alam ~~

Salam semua... kali ni kita nak cerita ala-ala Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu.
Dekat office baru ni, tak banyak pilihan kedai makan.
So, kebetulan ada Cafe baru buka dekat situ. Bersebelahan dengan
Pizza Hut Denai Alam, yang dinamakan Chacup Cafe.

Sekali pandang, nampak ada style. and rasa nak try.
Bila masuk saya, deconya nampak simple tapi ok.
and menu pun tak banyak choice untuk orang yang suka makan
nasi cam kita ni. more to western food macam steak,
speggeti. untuk menu masakan Malaysia pula macam Char Kueh tew and Mee kari
kot..and lastly, I dan Azie decide utk makan Char Kueh Tew macam yang
dalam gambar kat bawah ni... pinggan nak sama besar dah dengan Azie.
Hahahaa...


Amacam? Besar tak pinggan dia.. tu Trick je sebenarnya. Pinggan tu takdela
besar gedabak macam tu. tapi nak bagitau yang portion Char Kueh Tew dia memang 
banyak..and rasa dia memang sedap. Harga pun okla dengan portion dia, dlm
RM belas2 juga la...hehheee..Isi Udang pun manis dan kerang
pun gemok2. Lagi sedap bila letak cili jeruk tu...nyummmm

sampai masa nak bayar, Cashier tu pakai topi sampai tertutup muka.
Bila dia dongak, sekali pandang macam kenal. Duk terpikir jap,
kat mana pernah tengok muka ni. Bila dia senyum, nampak gigi barulah
I rasa kenal. Rupanya ni kedai Pelakon yang bernama Shajiry tuuu~~
yang jadi Pak cik kepada Nur Jannah dalam drama Syurga Nur di TV3 tu.
kalau korang tak ingat muka dia, sila Goggle ye...hehee

Chacup Cafe pun ada FB dia tau if korang semua nak tau kat mana
lokasi cafe dia. Sila view SINI 

Oklah selamat mencuba dan boleh minta sign juga nanti. 
Tu pun kalau korang peminat dia...hahaaa
K bye and wassalam.


Wednesday, September 16, 2015

Raya Di Krabi - Episod 2 ~~

Salam semua. hui, sangat busy la ni. sampaikan nak berblog pun tak dan aih.
tup tup dah masuk bulan 9. dari bulan 7 lagi katanya nk crita sal
beraya kat Krabi, sampai bulan 9 baru nak crita...bak kata Ropi Cecupak,
APA CITO! hahahaa..Ok la tak nak buang masa semua, meh cheq crita pengalaman
pertama cheq and family belah suami beraya kat Krabi.

18hb Julai 2015
Kami sekeluarga naik flight ke Krabi tak silap pukul 1 petang macam tula.
Sebelum tu have breakfast kat Old town KLIA2 jap. Penerbangan ke Krabi 
ambil masa 1jam 30 minit. macam nak balik Klantan je. cuma tambah 30 minit je. 
Cuaca pun time tu Alhamdulillah okay. matahari memancar2.

Kami sampai Airport Krabi dalam pukul 3.30 dah nak dekat pukul 4. 
di luar airport, kami sewa van yang mampu muat 10 orang ke
hotel penginapan dekat Pantai Ao Nang. perjalanan nak ke hotel 
ambik masa dalam 1 jam 30 minit juga la. Rata-rata penduduk dekat Krabi
ni gunakan Hilux or kenderaan 4x4 sebagai kenderaan dorang. teksi, jangan
cakapla..banyak sangat. apa yang menarik perhatian kami time on the way ke
hotel adalah mini pam minyak. dekat Malaysia mana ada wo..
rupa dia macam ni...

 Just imagine kalau di Malaysia ada mini pam minyak macam ni...mesti best kan?
Akhirnya sampai kami kat hotel Buri Tara, Ao Nang Beach.
hotel dia pun okay.

petang tu, kami just jalan2 sekitar situ je. banyak kedai2 yang jual barangan
cenderamata, tapi rasanya terlalu awal nak beli utk member office. Oh, lupa nak bagitau
yang perbezaan masa Malaysia dengan Krabi ni cuma 1 jam awal.
Lepas makan Petang termasuk utk malam, kami terus balik hotel. 

19hb Julai 2015
Kami tempah pakej melawat pulau2 di sekitar Krabi seperti Pulau Phi-Phi, Phi-Phi Don 
dan banyak lagi tempat menarik yang cantik kami singgah dengan
menaiki bot laju. uis, rasa nak muntah. tapi tahan je cheq.

lepas sejam lebih, akhirnya sampai juga ke darat. uuuu...rasa nak muntah 
makin kuat, tapi dapat ditahan lagi. Aku tak mandi sebab takut and
rasa trauma dengan laut sebab dah 1 kali lemas dekat pantai dekat 
rumah aku di Kelantan. Alhamdulillah, umur masih panjang.


 ni Pulau Monyet...dalam thai, tatau nama apa..

 ni pic bila sampai dekat pantai..

family yang lain pi mandi, snorkling...i cuma duk dalam bot jaga Aisya yang 
tengah tido. tak sempat nak merasa semua tu. takpe la.
lepas snorkling, balik...dari pagi sampai la ke petang. perut pun still kenyang lagi.

malam tu, kami pergi Krabi Night Market. dorang nak cari cenderamata
skit. Pasar malam dia macam biasa je. kami pergi dengan sewa teksi.
jumpa ramai juga orang Malaysia yang datang bercuti di Krabi. lepas beli barang
terus balik.

20hb Julai 2015
Kali ni kami ambik melawat gua dan berkayak pula ke satu tempat yang
dinamakan Bor Thor. Oleh sebab my husband tak pandai berkayak, so
kami guna khidmat pengayuh. dia satu kayak dengan pemandu pelancong and i dan aisya dengan assistant dia. cuaca panas sangat. aku yang bawak seluar yang basah,
jadi kering. takut pun takut gak sebab tasik tu dalam, tambah2
sambil pegang budak kecik tu. hampir sejam juga la duk berbaring dalam kayak, 
tengok pokok2 bakau, sampai sakit belakang aku. kayak aku yang 1st sampai. 
Akhirnya sampai juga di Gua tu. Gua tu adalah tempat sejarah, dikatakan tempat
tinggal orang zaman purba.buktinya, ada lukisan2 di dinding2 gua. lepas tgk gua ni, berkayak balik ke jeti utk makan tengah hari.

lepas makan, pemandu pelancong yang beragama islam ni, Abdul Mubin bawa kami
ke Phutara untuk mandi kolam pula. jauh juga la nak ke tempat tu.
aku tak mandi pun, si aisya ni tido pulak lagipun husband aku cakap
kolam ni dalam..and kebetulan pulan cuaca mendung tiba2. sekali dengan
hujan lebat. sementara nak tunggu hujan brenti, sempat
lagi order air dekat cafe Phutara. lepas hujan brenti, on the way pergi tengok Gajah pula. sempat la naik gajah selama sejam. sakit buntut i...huhuu


 lepas penat naik gajah, terus balik ke hotel. penat wooo.

21hb Julai 2015
Breakfast and pergi cari barang untuk souvenir skit and pastu bersiap untuk
berangkat balik. flight tak silap pukul 4. sampai kat airport krabi, cari tempat solat
jap sebab flight delay ke pukul 5. terpaksan solat di tepi kedai sebab airport ni
takde kemudahan surau untuk bersolat. akhirnya plane sampai juga. Good bye Krabi..

tu je lah yang mampu i story utk tatapan semua. k tata..nk tido dah.
bye and wassalam