Friday, January 3, 2014

Kuih Sagumpal ~~

Salam...jumpa lagi kita..hahahaa...

Ini post pasal Kuih Sagumpal pulak. This is my favorite. Kalau dulu, I selalu suruh my mum
tolong buatkan kuih ni and kuih Biji Nangka. 

Kuih Sagumpal ni sebenarnya adalah bubur Sagu yang bergumpal atau seketul-ketul. oleh
sebab sagu itu tergumpal2 dalam santan, so ia disimplekan sebagai Sagumpal.

meh i sharekan resepi kuih ini. Bahan-bahannya :
1. sagu - 1 paket pun dah cukup
2. 2 kotak santan ayam brand (ikutla la guna brand apa)
3. secubit biji halba.
4. air secukupnya
5. garam secubit
6. gula
7. daun pandan - 1 helai

caranya cukup simple :
1. masukkan santan + air ke dalam periuk. panaskan.
2. basuh biji sagu dan rendamkan sedikit ke dalam air suam.
3. masukkan garam ke dalam santan untuk melemakkan kuah kita.
4. air dimasukkan sedikit demi sedikit agar kuah tidak pekat.
5. masukkan daun pandan, biji halba dan gula. ikut kemanisan masing2.
6. bila kuah santan dan mendidih, masukkan sagu yang telah direndam dengan air 
suam tadi. I guna sudu, untuk membentukkan sagu agar jadi gumpal2 bulat. uols
boleh cuba buat.
7. kacau slow2 jangan sampai hangit...

then siap....dan inilah hasil tangan anda..


selamat mencuba...tata

Pastry Sosej Pulak ~~

salam dan selamat pagi. hari ni berduyun-duyun post I kan? hahaa...mau tak
berduyun2 post sebab dah lama tak update...

post ini i nak share sal resepi pastry sosej atau nama sainstifiknya, Sosej Gulung. 
hahaaa...sainstifik sangat!

ini bahan-bahan dia :
1. kepingan kulit pastry jenama KAWAN bersaiz 4x4
2. sosej yang dah siap dicelur dengan air panas
3. kuning telur
4. gula - untuk di tabur / hiasan

cara-caranya : 
1. ambik kulit pastry potong kepada 2 bahagian.
2. potong sosej kepada 2 bahagian juga.
3. letakkan sosej di atas kulit pastri tadi dan gulung.
4. siap gulung, sapukan kuning telur di atasnya dan tabur gula.
4. siap boleh di bakar pada suhu 170'c selama setengah jam.

sorry lah ye, I tak amik pic step by step. But, i'm sure uols dapat imagine kan
resepi ni. cukup simple and ini lah hasilnya...

ni dah siap untuk di makan...

kalau uols tak tahu pastry KAWAN tu...boleh view kat SINI
di harap uols dapat mencuba..budak2 pun suka sebab dorg just nak makan sosej je!!!
hahhaa...ok tata and wassalam


Simple Brownies ~~

Salam..jumpa lagi..

Arini yang indah ni, I nak shared resepi yang paling simple tapi sedap
untuk uols cuba. I dah pernah buat last2 month ago. Memang sedap and rugi kalau tak cuba.
Bagi yang tak ada Oven pun boleh buat. Just guna microwave.

ok, kita start dengan bahan-bahannya dulu k..
1. Nutella (1 botol besar tu)
2. Telur 2 biji 
3. gula aising ( I guna dalam 1 sudu besar je sbb nutella dh manis)
4. 8 sudu besar tepung gandum
5. bekas / acuan
6. Hirisan kacang badam - untuk hiasan

Cara-cara :
1. satukan kesemua bahan kecuali kacang badam. Tak guna pemutar kek
pun tak pe. just kacau je dalam mangkuk biar sebati dengan telur, nutella dan gula aising.
2. Siap gaul kesemua bahan, masukkan ke dalam cup kertas dan tabur dengan kacang
badam.
3. Bakar dalam Oven pada suhu 180'c selama 30 minit sahaja. kalau dalam microwave pun sama juga selama 30 minit dengan suhu y panas skit.

Tadaaa....dah siap. Ini lah rupanya Brownies kita!


selamat mencuba..tata!

Selamat Tahun Baru 2014!!

Salam uols!!!
wah lamanya tak mengupdate blog ni. Almaklumla, pantang bukak laptop je, Si Budak 
Kecik Aisya ni terus datang nak updated sama. Geram betol tengok jari2 dia
duk tekan2 keyboard ni. Rasa nak gomol2 je budak bambam!

Post 1st di tahun baru. Just simple post. I wish you, pembaca-pembaca blog ni
semoga berbahagia dunia dan akhirat.
Sebut pasal azam tahun baru, I tak ada azam. Tak pernah berazam apa2
pun! Ceh berlagak je byik!!!!

Bukan apa, bagi yg beragama ISlam macam I ni...I dan berazam pada
Awal Muharram lagi. Awal Muharram kan 1st bulan bagi kalender Islam.
so, time tu la kita kena berazam...betol tak???

Tak pa, terpulang pada uols nak buat azam bila, tapi azam tu kena slow2 di penuhi.
tak semua pun tak mengapa, janji ada buat walaupun sekerat jalan.
Lain la kalau uols berniat atau bernazar. itu dah dikira WAJIB BUAT!..

Apa2 pun, selamat tahun baru. semoga hidup kita terus berteraskan Islam
walauapa pun halangan hidup yang melanda.

Wahh...dah macam ustazah pulak i ni..
hohohooo...

Ok, la. thats all for 1st post. banyak lagi nak menaip for today..
thank for all readers..tq sebab support my blog..
ok bye and wassalam