Tuesday, February 9, 2016

Keguguran ~~

Salam semua..

Mesti awak semua terkejut dengan post  malam ni.
Sebenarnya, berita sedih ni dah 3 minggu berlaku..iaitu pada 22hb Januari ; jatuh pada hari Jumaat. Nanti i ceritakan satu persatu.

15hb Januari 2016 ; pukul 2 tengahari.
Tetiba rasa macam sesuatu mengalir. Fikir, may be period selepas sebulan tak 
period. Memang sebelum ni, period i tak teratur. Selalunya, bila dah lewat
sebulan i akan buat pregnancy test and hasilnya akan negative. Rasa sedih sangat. Bukan 
sekali dua hasilnya negative, tapi dah bekali-kali. So, untuk kali ni I dah kehabisan 
pregnancy test and decide tak nak buat test terlalu awal.
Nak tunggu hujung bulan January sebab nak buat surprise untuk birthday
my husband yang jatuh on 26 January. And bila gi toilet, ada kemerah-merahan and rasa 
sedih kecewa terus datang tiba-tiba.

Pukul 8 malam, I accident dengan Vellfire and apa yang I rasa ketika itu,
Ya Allah...my baby!. Drastic keluar dari mulut sambil pegang perut. Iya lah,
sebab time accident tu, Badan ni terhentak ke stereng and dashboard.
Tapi, baru perasan yang i dah period.

16hb - 20hb Januari 2016.
Bleeding berlaku seperti biasa..macam period.

21hbJanuari 2016 ; pukul 9 malam
Malam tu pukul 9.30, i and Aisya bergerak ke KTM Kuang untuk menjemput
my husband pulang dari kerja. Tima tu dah rasa sakit2 perut macam senggugut.
Then bila sampai rumah, sakit makin kuat. Pukul 11 malam, time nak tido sempat
ke tandas untuk buang air kecik and time tu dah keluar satu ketulan 
darah sebesar 8 - 9 cm. Ketulan tu ada seperti tali pusat..sebab
berwarna putih and sempat panggil suami untuk tunjukkan dekat dia.
i bagitau dia macam bentuk baby kan? macam janin..and dia
kata bukanlah...sayangkan period. then i just ignore kan saja.

22hb Januari 2016 ; pukul 4 pagi
Perut terasa sakit sangat2. Macam senggugut yang teruk and ada benda nak
keluar. bila kencing, terus darah mengalir laju and ada ketulan2 banyak
keluar. I panik dan terketar-ketar. Dalam otak, just fikir
Aku gugur ke ni? Ya Allah...betul ke ni? Dengan tercungap-cungap, kejutkan
suami untuk dia tengok. Dia pun terkejut. and decide we decide to go to clinik and take half day for checking. Bleeding plus sakit di bahagian ari-ari berterusan hingga ke 
subuh. pagi tu, inform my boss minta half day.

Pukul 8 pagi sempat hantar Aisya ke sekolah sebab ingat lepas checking kat
klinik, terus gi kerja. pukul 10 pagi, decide ke Klinik Rozita, Saujana Utama
Sungai Buloh. Bila Dr. Rozita buat scan, dia inform yang I sebenarnya dah 
pregnant 10 minggu...TAPI..dah keguguran.
Time tu, Allah swt saja yang tahu. Cahaya mata kedua yang kami tunggu-tunggu
selama ni dah tiada. Dia datang tanpa kami sedar and dia pergi
dengan sejuta kejutan.

Sebelum tu, aku ada rasa sakit2 dekat breast. Kawan office aku, Azie
yang tengah preggy 6 bulan ada bagitau itu tanda2 tengah preggy.
Aku tersenyum je. Lagi pun dah 4 tahun aku preggy. Dah lupa semua
tu. and Aisya pun ada datang cium perut aku tiba2. dia kata, nak
kiss baby. 

Time Dr. Rozita scan lagi tu, dia kata kantung baby dan sedikit 
mengecut. Air mata aku terus mengalir and suami aku pegang
tangan aku erat..dia minta aku bersabar. Doc tanya aku detail tentang period aku
and suami aku tolong explain dan dia minta kami redha dengan ketentuan ini.

Dia pesan lain kali, if period lambat, just check saja. positive and negative
tu lain cerita. at least kita tahu keadaan kita. Time tu nak 
menyesal pun dah tak guna...hanya Allah swt saja yang tahu
perasaan aku and suami. Doc minta kami refer ke Hospital Sg Buloh, 
sebab keguguran aku tak complete. still ada lagi balance.

Aku decide nak biar semuanya keluar di rumah, then baru ke hospital.
Hopefully, tak perlu D&C..adik aku kata sakit. Bila di rumah, husband
aku inform kat pada semua ahli keluarga kami. Aku berehat di bilik,
sedar tak sedar air mata akan mengalir.
sepanjang hari tu perut still sakit and aku berdoa pada Allah swt,
andai ini takdir kami, aku redha dan minta baby keluar dengan baik sambil 
tak putus2 baca Doa Nabi Nuh Ditelan ikan Nun.
Mama redha dengan ketentuan ini dan keluarlah dengan baik ye sayang.
mungkin sayang tak mau tinggalkan Syurga, tak mau jejak ke dunia yang
penuh dengan dugaan...semoga baby damai di sana.

ketulan yang keluar, kami tanam tepi pagar rumah. berdekatan dengan
surau. Mak aku pesan suruh tanam..walau apa pun bentuk yang keluar.

pukul 11.45 malam, time nak tido tu perut terasa sakit sangat2 dan tetiba
dapat rasakan ketulan besar keluar. rasa macam nak beranak. serta merta
rasa sakit tu hilang dengan tiba2. aku menjerit panggil suami, bagitau yang dah 
keluar. terus berlari ke tandas.
Nampak ada satu ketulan bulat leper seperti anak lesung batu.
Aku menangis...aku tahu, itu lah kantung baby. darah still mengalir.
terus aku suruh suami bungkus dalam tisu. tanam pagi esok di tempat yang sama.

23hb Januari 2016 : pukul 8 pagi
Kami dan Faiz (adik ipar) kebumikan kantung dan yang lain-lain di tempat 
yang sama sebelum suami aku ke tempat kerja. Hari ni dia akan half day, 
untuk bawa aku ke hospital untuk checking. Marah betul aku dengan boss
dia. Langsung tak tolerate dengan case emergency macam ni! 

Pukul 2.30 petang, kami terus ke Hospital Sg Buloh untuk checking.
After 2 hours menunggu, baru dapat check and doc time tanya,
betul ke yang aku ni pregnant sebab tak nampak kantung baby.
aku explain everything tentang hal semalam. then doc ambil sample
dari rahim aku.

Selepas tu, doc bagi injection untuk kejutan rahim akan ada 2nd time scan.
Alhamdulillh, rahim dah kosong..kantung dah keluar sendiri.
settle semua pukul 11 malam.

So, itulah pengalaman yang cukup indah bagi aku...walaupun cukup sedih, aku cuba 
terima seadanya dan redha yang aku baru kehilangan seorang anak syurga.
hampir 2 tahun kami menanti, dan Allah swt sudah menetapkan takdirnya untuk
kembali ke Syurga. Bila aku bagitau Aisya yang baby dah takde, dia terkejut buat 
muka and mata bulat. Dan kami akan ke tempat adiknya dikebumikan,
siram dengan air dan bunga...

Aku cuba untuk kuat selama seminggu berpantang, tapi aku tak kuat. setiap malam 
aku akan peluk suami dan menangis di bahu dia. 

Hari ni 9/2/2016, aku decide nak beli bunga Violet Queen. aku dan Aisya nak tanam dalam 
pasu dan letakkan di sebelah 'pusara' baby. Kebetulan, mak mertua dan adik ipar aku Amir and wife dia Ida balik dari kedai, tanya tengah buat apa. Aku just explain tengah 
tanam bunga. mak mertua aku cakap...ooo, tanam bunga untuk adik Aisya ye..
time tu, aku rasa sedih sangat......Ya Allah, kuatkan semangat aku. meskipun  hari ni dah hari yang ke 18hb dia pergi, aku tetap sedih..cuba untuk kuat.

Aku doakan semoga Allah swt berikan kekuatan dan semangant kepada aku.
Aku tahu, mungkin ini yang terbaik untuk kami. Mungkin ada hikmah
di sebaliknya. 


See you in Jannah ye sayang...

Wassalam