Monday, May 5, 2014

Pai Epal - So Simple ~~


Salam semua...

Masuk-masuk dah kasi uols terliurkan dengan tajuk post malam ni. Memang saja
nak suruh uols belajar buat. hehheheee..

Pai epal yg i buat ni sangat2 mudah. Semudah kita oder pai epal kat
kaunter McD. hahhaaa.. Jangan gelak banyak sangat, meh i share kan resepi
pai epal ni untuk uols.

Bahan-bahan :
1. Kulit pastry jenama Kawan 4x4
2. Kuning telur - kacau sampai sebati
3. 2 biji buah Epal Hijau yang di buang kulit dan di potong dadu kecil-kecil
4. Gula halus
5. Serbuk kayu manis - kikis dari kulit kayu manis pun boleh
6. Sedikit air dan tepung jagung untuk memekatkan inti
7. 1 sudu mentega / margerin

Cara-cara :
1. Potong dadu buah epal Hijau yang telah dibuang kulit
2. masukkan mentega ke dalam kuali, dan masukkan epal serta gula halus.
3. kacau sehingga gula mencair.
4. kemudian masukkan bancuhan tepung jagung bersama dengan air untuk memekatkan
inti epal kita.
5. masukkan serbuk kulit kayu manis dan kacau lagi sehinggalah air / sos sedikit
kering. jangan terlalu cair, takut susah nak balut pastry nanti. takut melimpah.
6. Tunggu inti epal sejuk dulu. Bila sudah sejuk boleh lah di letakkan di
atas kulit pastry. 
7. letak inti epal sedikit bawah dan gunakan garfu untuk melekatkan kedua-dua
bahagian kulit pastry.
8. Apabila sudah siap membalut, salut dengan kuning telur dan sedia untuk
di bakar pada suhu 200'c selama 25 minit. 

jangan lama-lama sangat, nanti hangus.

Mudahkan cara nak buat pai epal? Rasanya memang seakan pai epal mcD. daripada beratur nak membeli sekeping je kat Mcd, baik uols buat sendiri. boleh makan banyak-
banyak. 1 pek kulit pastry jenama kawan tu ada dalam 10 keping. So, ulos boleh
makan 10 keping pai epal ala-ala Mcd. Puas hati dapat buat sendiri.

Kalau tak suka epal, boleh guna buah2 lain. macam pisang, nenas, mangga..
caranya tetap sama, cuma tukar buah sahaja.

okalah uols, selamat mencuba taw..

tata dan wassalam.



No comments:

Post a Comment