Monday, October 28, 2013

Aisya Dah Setahun~~

Salam...Ya Allah, lamanya tak buka blog ni.
al-maklumlah, status sekarang dah berubah. Dulu selalu update blog sebab
bergelar surirumah 24jam. La ni sudah berubah jadi wanita dan ibu yang 
bekerjaya. Waktu lapang sepenuhnya dibahagikan kepada dua; iaitu

1. keluarga
2. Kerja

Tapi hari ni ada sedikit kelapangan untuk update blog yang sudah
berbulan2 ditinggalkan sepi. Nak update pasal birthday Aisya yang buat
pertama kalinya yang jatuh selang sehari besday mama (17hb Oktober) iaitu 18hb Oktober.
hadiah besday mama yang paling indah. Harta dunia akhirat Mama dan Papa.
Alhamdulillah...syukur Ya Allah ya Tuhanku.

Nenek dan datuk dia sangat2 excited nak celebrate Besday 1st cucu ni.
and dapat hadiah dari Oyang and Wann dia.



Hadiah Basikal dari Wann and Oyang dia. Gaun cotton merah tu, hadiah dari papa
Aisya. Cute tak? Mama Aisya xbeli lagi...huhuu sebab tak tahu nak hadiahkan apa.

Bergaya cantik ni sebab nak celeb besday dia kat dapur. Wann suruh Atok amik
pic banyak2. Gambar Aisya tengah potong kek la, macam2.














Happy Birthday my little Angel..Siti Aisya Umairah Binti Mohamed Firdauz.
Semoga menjadi anak yang taat pada perintah Allah swt, Nabi dan Rasul serta IbuBapa..
amin

Thursday, June 6, 2013

Dessert Ku~~

Salam...

Hui panas betol minggu ni. klau pekena ABC sedap n terangkat ni!
tapi mana nk cari ABC dkt sini...y depan jln besar dkt rmh aku pun
aku xtry lagi. ni nk cr kt Taman Mayang jaya..xjumpa2 pun.
yang ada jual cm Cendol...tu pun mamak buat.
Geli aih nk makan..

oleh sbb kempunan nk mkn ABC,
sepupu dia pun jadilah. bolehla sejukkan badan yang
tengah hidrat ni skjap. rega dia boleh tahan la..

ni rupa cousin ABC tu...nama..CRUNCHY..
hahahaaa
sedap gak...ada coklat kt dalam..tengah2 dia..
siap ada rice kt lua..
dap oooo...apa kata uols pi beli cepat..
hahaa...ok tata n wassalam..

Breakfast Furious ~~

Salam...

banyak crite nk share. yelah dh lama xshare ngn uols..dh nk meletop
dh otak ni. duk jamm, bila lah nk klua ni..

aku keje start pukul 9. btolak dari rumah pukul 7am dh masuk 
Saujana Utama utk hantar Aisya kt nursery. smpai sana pukul 720am. then 730am btolak ke
tempat keje. smpai PJ, klau NKVE, Tol Subang and LDP xjamm teruk selamat 
smpai dlm pukul 830am.

so, smpai awal pun xguna gak. sbb aku xde kunci ofis. jadi, kadang2 lepak 
dekat foodcourt Oasis...pekena teh tarik dlm cawan klasik.
rasa kembali ke alam 70-an..
koya~~padahal time tu aku pun xwujud lagi!

teh tarik ni rega rm1.40..bagi aku y suka teh tarik, 3kali hirup dh abis..
oleh sbb nk tggu jam ke pukul 9, hirup le slow2 smbil layan lagu klasik
plak kt Life.fm...seriously, mmg klasik!


cawan dia cukup comel...huhuu...

Tapi, kadang2 rs xberbaloi plak spend rm1.40 utk teh tarik y cenonit ni.
baik aku bancuh sdri dkt pantry ofis nt. klau dahaga sgt pun, 
sabo je la..y free lg byk. puas hati!

ni versi nescafe + walnut...barang FREE...
lagi best. mug bsr lagi..
xpayah order, buat sdr lagi cepat!

ok, enjoy the nescafe uols..wassalam

Pastry Sardin

salam..

Hui, bapak lama xupdate blog. ternyata aku SUNGGUH BUSY!
mana tak dan nk update? balek keje dh nk dekat Magrib, smpai rmh, solat then tolong mak mertua masak. siap masak dh pukul 9 n makan.
selesai makan dah 1030. lepas makan landing2 jap..bjalan 70 langkah nak 
bagi hadam makanan dinner tadi.
pukul 1030, tidolan aisya. itu pun if dia xtido.
klau dh tido, kn siapkan barang2 aisya utk ke nursery esok.
pukul 11, gosok baju keje...siap gosok solat isyak then....
TIDO...

So, bl ms nk update blog? Hujung minggu? xdan la cik kak oi~~ ada je
program nk kena attend. org tu kawin la, org ni kawen la.
kain baju dh 2 baldi xbasuh. bilik dh smggu xkemas..
itu belum kira kereta lagi.
sian...agaknya..ermmm dah 3 bulan tak gi cuci.
hahahaaaa...

So..ni la time freenya. kebtulan tgh rajin. aku nk share sal pastry sardin y aku
buat last-last-lost day ago=goo....

ai amik kt blog ini. rajin2 la meng'usha' ye.

resepi :
1. sardin 
2. kulit pastry
3. 3 ulas bwg putih (cincang halus)
4. 2 biji bwg merah (potong bulat)
5. kuning telur
6. garfu...hehehee

meh ai kasi step2 dia..

no.1

sardin. masak dulu taw..

 kuning telur utk sapu di bhgian luar time nk bake nt.

 potong kulit pastry jd cmni...segi empat n belah dua plak...

then lipat n kemas/kelipkan guna garfu...

 ni y dh siap...guna kulit pastry wheatgerm...kasi diet skit..

no. 2

kulit pastry jenama kawan

potong segitiga cmni.. letak inti sardin..n kemaskan cm tadi.

dh siap...sapukan kuning telur and get ready dibakar..pada suhu 200'c selama 20 minit or tgkla klau dh keperangan, angkat jer...

hasilnya...


alhamdulillah...kenyang...n sume org enjoy..
selamat mencuba uols..

tata n wassalam..<3 font="">

Wednesday, April 24, 2013

Publika, Solaris Dutamas

Salam..
saja nak share sal tempat ni. last-last week aku ada meeting kt satu
company ni dkt Publika. Bos tya, sama ada aku pernah gi tempat ni.
And jawab aku 'tak pernah'.
so dia bg la jln nak ke sana.
after 30 minit tu, bos msg ckp plan y dia bagi tu ada silap sikit n 
suh pikir sdrla mcne nk gi sana. Nasib baik ada mr.google.
carik punya carik, jumpala. then duk mghafal jalan puloks.
aku ikut jalan mnuju ke tol jalan duta. then bl smpai sana, dgn confident
nya aku masuk simpang kiri dan kiri and
lastly berakhir di junction traffic light arah ke sri hartamas.
aku stuck dkt sri hartamas for a while. 

so, tya la sorg bro ni camne nak ke publika, 
dia bg direction y aku sdr confuse nk ikut.
But, what to do? i have to follow the instruction.
akhirnya.....
AKU SESAT LAGI~~~

kali ni lagi parah...terus masuk ke penchala link n tembus kt IKEA...
waaaa~~~~~aku dah start rs nk mngis.
dah nk pkul 2. meeting pukul 2.30. aku start gerak dr office td pkul 12.00..
cer byngkan apa yang aku buat tadi? melilau cari jalan keluar dr sri hartamas
then stuck dkt belakang OU ni for half hour???? gilalah nak mngis..
aku dh start panik. semua signboard mcm xmbantu lgsung!
aku call my husband then call my boss for helping me get out
from this area.
ye lah.. i got meeting to attend ma.

aku trus pusing2 lagi then tya org lagi. dia ckp aku kn turn back n msuk
penchala link. oh no AGAIN?
tol rm2 hinggit tu~~~~
so, pusing punya pusing, aku tersilap masuk lane lagi! lane tu mmbawa aku ke tol kepong-damansara....wa~~~ rasa macam nak balik rumah terus jer..
tapi aku nekad nak gi jgak meeting tu walaupun time tu jam dh 2.45pm. 
aku msuk tol tu balik n ikut sign board ke mount kiara n pencahala link. aku kembali ke junction sri hartamas lagi.
start panic again and again. jam dh pukul 2.50. 

aku brenti di luar sri hartamas then ty sorg kakak ni pulak.
dia bg direction y cukup mudah utk aku faham.

akhirnya, aku ikut jln y kakak tu ckp, jumpa istana baru, then diphujung jalan tu
aku ternampak word besar kaler pink  P U B L I K A di depan.
but unfortunately, aku di line kanan. so mean aku kena u-turn balik.
but, it's ok la. janji aku jumpa.

aku park kreta di tepi jalan. bimbang gak klau2 kn clamp. but tawakal
sajalah. n trus blari naik ke atas. sbb time tu dh pukul 3pm!!!!

my boss call tya aku ktne n aku ckp, br smpai PUBLIKA. tgh call n cari 
tmpat meeting. nsib baik aku ada bw fail n kbetulan hujan turun renyai2.
nk pgg fail lg, payung lagi, henfon lagi.
susah giler..

lastly, aku jumpa bilik meeting tu kat Blok D4..
mencabar btolla..byk abis duit.

meh nk share pic PUBLIKA skit dr luar.. skit tlindung..



dek sbb dh sesat 2 kali, maka dgn ini aku dh hafal jalan ke PUBLIKA..
hahahaa...xkan lupa jalan punyalah..

oklah nk rest jap. dh sakit blkang buat mnaip ni..tata n wassalam my prenss..



Tuesday, April 23, 2013

Mengantuk~~

Salam semua...

Wah, mengantuknya aku!
Semalam balik dari kerja terus rebahkan diri.
Penat + Mengantuk.
Tapi gagahkan diri lagi untuk bermain-main dengan
si kecil kesayangan ni.
then, masuk bilik terus baring2 ngn dia.
ingat nak lelap sekejap, lastly mmg terlelap pun.
sedar-sedar di kecik ni dh start operasi  mengeledah dia.
Sejak dan pandai meniarap ni, makin besar pula kawasan
 jajahan takluk dia. kita pulak yang kena bagi space besar untuk
dia meneroka. berhimpit tidor ngn papa dia sambil berkongsi 
selimut dek kerana selimut kita plak yang dia berkenan.

meh nak share aksi2 ganas dia time tido..



ok la syg..mama dh ngntuk ni..jumpa st gih k..tata uolls n wassalam

Wednesday, March 20, 2013

Andai Aku Seorang PM ~~

salam semua..

kali ni nak post bg segmen 'koya-koya' jap atau maksudnya perasan sebentar.
andai ni boleh kita tafsir kan sebagai kalau..
tapi BERDOSA jika guna = KALAULAH....
sebab perkataan 'kalaulah' ini sebenarnya digunakan utk situasi y
TELAH TERJADI / BURUK

cth ayat : kemalangan y mragut nyawa datuknya.
dia : kalaulah aku xpandu laju2, mesti datuk hidup lagi.

Uolls boleh view pendapat ustaz2 dekat SINI

tapi, versi i ni versi y baik.
so kita guna andai jer k..

Andai aku seorang PM..mean Perdana menteri.
satu jer sistem dlm Msia y aku nk ubah.
yang lain tu xperlu diubah scaras drastik sgt.
TAPI..
yang ni lg penting...

AKU NAK WAKTU BERKERJA HARI AHAD SAMPAI KHAMIS SAHAJA.

korang nak taw kenapa? 

sebabnya :

> kerja hari jumaat - aku xdan nk potong kuku, xdan nk buat pkara2 sunat
pada hari jumaat. malam jumaat, xdan nk baca yassin. just dgr kt tpon jer.
sedih betolla..

knape Jumaat mesti kerja?
kenapa xleh cuti jer?

why? korg xtw ke y hari JUMAAT adalah pernghulu segala hari? Hari kita
membuat pahala sunat? byk sgt keistimewaan hari Jumaat ni.

kaum lelaki akan menunaikan solat jumaat dan mengumpul pahala
sesamu ummat islam di masjid.
kaum wanita?? entahla aku~~aku sendiri time tu sibuk dgn kerja.

Dulu, masa di Kelantan Darul Naim. Jumaat cuti, semuanya aku
sempat buat. Alhamdulillah..
ayah gi solat jumaat n kami y wanita2 ni tgh siapkan
makanan tghari. nk mkn sama2 ngn ayah bila balik dari masjid..
duduk bkumpul di ruang tamu tanpa meja. hanya beralaskan
surat khabar, menjamu selera dgn rahmat izin Allah berikan..

pagi tu, ayah akan pasangkan ceramah2 agama n abis ceramah,
dia akan menunggang motor ke tanah perkuburan plak.
ziarah kubur arwah atuk, nenek dan sdara2nya yang lain..

so, begitulah hari jumaat aku dulu. indah sgt..

dekat KL n S'gor, Jumaat kerja.
rasa mcm sungguh RUGI.

Keistimewaan Hari Jumaat:
 1.  Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
·                 Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
·                 Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
·                 Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
·                 Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
·                 Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.

2.  Hari Bagi Kaum Muslimin


Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.

3.  Penghulu Segala Hari

Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”

4.  Hari Kebesaran Mingguan

Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

5.  Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah  صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

6.  Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
 Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

7.  Hari Mustajab Berdoa
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

8.  Hari Dihapuskan Dosa


Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

9.  Hari Lebih Utama Bersedekah
 
10.  Hari Meraih Pahala
 
11.  Hari Hidayah Daripada Allah SWT


12.  Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).

13.  Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur. Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi) 

14.  Hari Berlakunya Qiamat
Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
 
15.  Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga

sumber : SINI dan SINI Gak 

subhanallah....byknya keistimewaan hari Jumaat.

so thats why la aku nk ari kerja ditukarkan dari ahad ke khamis jer...
k la nk stop dulu. jumpa lg nanti..wassalam

Monday, March 4, 2013

Mr Viva Kena Langgar ~~

salam semua...

arini aku cuti sbb kereta kesayangan beta kena langgar dari belakang oleh
kancil. si kancil ni dtg mmecut laju tanpa sempat memperlahankan
speed dia n nasib dia dpt tekan brek. klau x, may be lg teruk impact dia ke ats
mr.viva.

punca : lampu trafik tgh merah dekat ngn greenhill. aku bhenti 
kesan : dia xdan nk brek. kete aku kemek bonet (lgsung xleh lock), alarm bbunyi2, 
bumper blkg pecah, ekzos bgkok

aku nangis
sebab, xpernah blaku mcmni kt aku.
suami aku pun panik.
kitorg xtaw nk call sape. then dtgla abg2 ni y mmg keje utk
mmudahkan urusan kami.
 masala skrg, aku xd duit nk repair kete n bdk y mlanggar pun bkali2 minta
maaf. aku trauma jap..

sedih n takut..
aku peluk my hubby sbb tlampau sedih.
ngis di bahu dia. dia minta aku isytifar byk2.
alhamdulillah time tu, aisya xd, klau x mesti dia lg trauma
dr aku.

aku call my bos, minta cuti. xbrani nk drive lg
rs takut masih ada. then dpt lampu hijau dari bos.
dia suh settle kan semua tu dlu, tenangkan diri
then esk br dtg keje.

aku xtw nk settlekan masalah ni cmne. team abg2 ni bg cdgan
suh dorg settle kan. 1st, buat report polis dlu dkt ipd shah alam.
siap buat report, ditemani adik ipar aku; Amir satu abg ni ikut ktorg blek rmh. 
dia nk ptstet ic, lesen, 
geran kete n insuren kete.

nk serahkan kete kt org ni aku takut gak. takut dia bw lari je.
insyaallah, semoga urusan ini dipermudahkan..amin.

baba dan mama pun bimbang. apatah ayah aku.
insyaallah, semuanya akan baik, bak kata suami aku.
one week lg, aku akn btemu smula ngn mr viva..

esk gi keje ngn Kembara mama.
thank you Allah coz aku dan suami selamat dan still ada one car for us
to use for going work. alhamdulillah..
hopefully, semua ni berjalan dengan lancar dengan izin Allah.

to adik y memandu kancil :
aku sedikit kesal sbb adik xbrenti di lampu merah then xguna lane kcemasan
dgn spnuhnya.
tapi apa kan daya, benda sudah berlaku..
so, jadikanlah ini sbgai satu pgajaran buat aku dan dia and semua y tlibat time tu.

somehow kita dh be carefull in road, but may be someone not.
namun, semuanya takdir Allah swt.
mungkin ada hikmah yang Dia nak tunjuk pada kita.

at least, kita dh taw cmne nak uruskan procedure for this excident. 
apa yang penting aku dan suami selamat n mr.viva dpt body baru.

oklah ye, mata pun dh mgntuk sbb still sedih ngn apa y blaku tadi.
n waktu pun dh time sleep hour. selamat malam semua and
wassalam..

Thursday, February 28, 2013

Klinik Aisya 4 Bulan~

salam...

jumpa lagi kt dop? saja nk letak kisah sal hari check up Aisya last week.
dlu, dari mngndung n last2 checkup, biasanya aku gi klnik sorg2 jer..
rasa pilu skitla bl ada tgk suami dtg temankan isteri buat checkup perut n baby dorg.
aku xdpt semua tu. tp aku tahu, suami keje jauh.
xdan masa nk temankan aku.

tapi bila sampai next checkup Aisya utk 4 bulan ni. aku ajak hubby join sx.
bukan slalu dia dpt tgk anak dia kena check.
and aisya pun look so happy coz papa dia always ada kt sisi dia.
asyik senyum memanjang. xbyk meragam sgt.

now aisya dh 7kg..
then bila dh siap checkup, anta nursery and barulah btolak ke 
tempat keje masing2.

ni la pic dorg..suka la tu, bl papa dia ada.


 ok..smbung naruto balik...weee~~ wassalam

1st Time Mengadap Jammed ~~

Salam

just want to share the story of my life after i starting my work at Yuniq Planning Consultant at Kelana Jaya. Pehh..haru aku dibuatnya.
nak taw knape?
KELANA JAYA?
GILA TAK JAMMMED!!!

Hanya itu yang mampu aku luahkan..
kelana jaya-jammed-suck-tired-fedup la..

hari-hari mau layan jamm, naik bosan aku.
kepala pun mau botak taw..

ape-ape pun, situlah tempat aku cari rezeki.
nak sumpah seranah panjang2,
bdosa plak..

ape-pun..bagi org y slalu hadapi benda ni..aku respek 100% kat korang.
gila tak lenguh kaki duk tekan minyak n clutch??
whatdepak la...sometime just coz for a small thing, dorg dh bwk kete slow2..
giler lah..
contoh: ada lori besar rosak kt tepi nkve. dari tol subang lg dh jemm
punca : bwk slow just nk make sure lori besar tu ok.
moral : perihatin xbtempat. buang tabiat.
pengajaran : jgn duk sibuk sgtla! org nk cepat nk gi keje ni oi!
akhirnya : aku amik lane kecemasan...hahahhahaa..

okla we, dh sakit belakang ni. nk layan fb n naruo sat..tata n wassalam

DIY - Kek Velvet Vs Violet ~~

Salam..

nak share sal aktiviti last week. projek besar ngn chef faiz..
asalnya nak buat rainbow cake, but after consider the time..yelah, xnak
mnggu lama sbb dh lapo sgt, kt buat kek 2 kaler je.
senang cite..

cara nak buat kek velvet Vs Violet ni senang jer..
meh nak share..hahahaaa


 tada.....ni ha bahan2 dia.

1. tepung kek span mix dh siap campur brand Nona
2. empat biji telur
3. stgh cawan gula aising
4. 80ml minyak masak
5. 80ml air suam
6. whipping cream
7. cream cheese
8. pewarna pink dan biru
9. essen vanilla dan perisa strawberry.

cara-caranya..

untuk kek span biru dan pink
1. masukkan tepung mix + minyak + air + telur (yang sudah dikacau tlebih dahulu)
ke dlm bekas pemutar. putar sampai likat dan lembut.
2. bahagi kan acuan kepada 2 bahagian iaitu satu kaler biru + essen vanila, dan satu bahagian lagi kaler pink perisa strawberry. kaler ikut suka uols.
3. bakar pada suhu 160'c selama 15-20 minit. (tengok pada ketebalan acuan
anda. kalau nipis, bakar dalam masa 15 minit. tapi kalau tebal, bakar dlm masa 30 minit)
4. nak taw masak, cucuk acuan ngn garfu. klau acuan xmlekat, confirm 
dah masak.

untuk whipping cream cheese
1. putar whipping cream + cream cheese + gula aising + 1 sudu kecil esen vanilla.
2. putar sampai likat

then...
bila kek span dh sejuk, salut kan kek dengan whipping cream cheese tadi
buat by layer n layer taw.. klau nk cantik n sedap lagi hias atas kek
kita ngn buah2 spt strawberi ke, apprikot ke, anggur ke,
xkisahla ape pun..

i plak xd buah nk hias.
just hias atas kek gn serbuk biskut oreo yang telah
dihancurkan oleh chef faiz.
then guna pnapis utk mhiasnya. barula xde ketulan2 biskut di atas.
meh i sharekan pic kek velvet vs violet i..

ni la dia rupenye.. 


 dihidangkan utk tetamu yg kebetulan dtg ke rumah time ni..
kawan adik ipar ai. ada y cakap, xsanggup nak makan sbb comel sgt..
amik pic dlu la..hahahaa


 yang 3 slice ni i punya...


 dah ilang satu ..


amcam, menggoda x?
try la..senang j ni..
kejap j dh siap..

oklah selamat mencuba. tata n wassalam..