Saturday, February 14, 2009

Selesema...

assalamualaikum...

sebut sal selesema ni...tentula you all dh tahu kan? aku lah 3 hari selesema..adush!!meh nk kongsi sket sal selesema ni...

Sekiranya tidak terdapat komplikasi penyakit lain yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, demam selsema yang biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus. Ubat-ubatan yang digunakan hanya berupaya untuk memberi kelegaan sementara ketika sistem pertahanan tubuh cuba melawan dan menghapuskan serangan virus tersebut dan membaiki kerosakan yang telah berlaku. Penghidap selsema memerlukan rehat dan cuba elakkan daripada terdedah kepada cuaca sejuk yang berlebihan. Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk menghalang berlakunya dehidrasi.

Peredaran udara yang baik juga akan turut membantu meningkatkan keselesaan pesakit. Namun rawatan pakar perubatan diperlukan sekiranya komplikasi lain timbul hingga menyebabkan jangkitan dada yang kronik atau gangguan telinga.

Selsema boleh merebak secara terus dari individu ke individu lain tanpa sebarang perantaraan seperti makanan, air atau binatang. Lazimnya virus disebarkan melalui titis-titis air yang dikeluarkan melalui sistem pernafasan dan bersin. Oleh itu, cara utama dalam mengurangkan penyebaran jangkitan ialah dengan memisahkan pesakit. Biasanya, sebelum penyakit itu berjaya dikesan, virus selsema tersebut telah tersebar kepada orang lain. (http://www.prn2.usm.my/)




No comments:

Post a Comment