Monday, May 5, 2014

Sosej Roll - Lagi ~~

Salam,

Jumpa lagi. Memang niat di hati malam ni aje nak share resepi masakan saja.
hahahaa...niat yang baik untuk berkongsi ilmu dengan kawan.

Kali ni nak shared pasal resepi Sosej Roll atau Sosej gulung. Dulu, i pernah post
pasal sosej roll. Cara buatannya tetap sama, cuma kali ni ada satu lagi
cara yang baru i nak shared dengan uols semua.

Kalau uols nak tengak cara yang lepas2, sila view di SINI ye. 
I suka buat benda ni, sebab my hubby suka sangat sosej. So, org kata nak pikat hati
suami, kenalah pikat dengan masakan. Betul tak? Wooo, dah macam iklan masakan pulak.


Yang belah atas tu, cara dia i akan terang. Yang belah bawah tu, mesti uols dah taw kan?

Macamana nak buat macam yang belah atas tu, meh i story sikit.
Cara-cara ;
1. susun sosej di bahagian tengah kulit pastry. gulung kemas2.
2. Ambil pisau tajam dan potong kulit pastry yang mengandungi sosej di dalamnya
secara perlahan-lahan. Jangan bagi putus. Macam sikat tu...potong lagi kulit pastry.
3. kemudian buka/kembangkan macam bunga kulit pastry yg di potong itu.
4. susun secara menyilang kiri kanan berselang seli.
5. Dah siap menyilang, picit sos cili, tomato, mayonis atau sos BBQ di atas pastry tadi dan
siap untuk di bakar pada suhu 200'c selama 25-30 minit.

Harap uols dapat mempelajarinya. Jumpa lagi nanti. tata..


No comments:

Post a Comment