Monday, June 16, 2014

Sedih + sakit Hati ~~

Assalamualaikum...

Adui..dah masuk bulan Jun ye kita. Hujung bulan ni dah nak masuk bulan Ramadan.
Nak puasa dah kita. Bila nk masuk Ramadan, tetiba perasaan sedih and sakit hati ni datang
puloks. Naya la..simpan dan pendam ajelah dalam hati..huhuu

Kita sakit hati bukannya apa, cuma perasaan tak best tu tetiba singgah.
Time tu kita akan rasa, semua orang dah tak sayang kita. Dah tak pedulikan kita. 
Bila kita cakap, orang buat tak endah je. Macam anggap kita ni macam angin lalu depan
muka dorang je. huhuu...sedih!!! Rasa sedih nak nangis tetiba.

Terasa macam diri ni tak di hargai. Auww...lebih-lebih pula.
Kita pun tak tahu nak tafsirkan sindrom ni sebagai apa.
Nak kata 'datang bulan' belum lagi. Nak kata 'ada isi'..hanya tuan badan
saja yang tahu..hahahaaa...

Kadang-kadang kita akan terasa macam terpinggir sangat-sangat.
Banyak benda yang tengah berlaku sekarang ni dalam hidup kita.
Kalau rasa tak sakit hati, sedih tu bukan manusia namanya. Kan..kan???

Bagi kita pulak, kalau kita sakit hati and sedih, kita suka duk layan perasaan sorang2.
tak suka sangat nak shared. Sebab kalau shared, ia akan menjadi lebih parah.
Biar perasaan tu sejuk dulu, pastu lama2 ia akan hilang dengan sendiri.
Kalau shared, tak sempat nak crita dah sebak..nak nangis.
Waaaaa!!! time tu la kita akan teringat kat mak kita!! waaaa...!!

Lain orang, lain caranya. Kita nak juga crita masalah kat sini, tapi tak boleh. 
takut jadi makin berlarutan, then bila terbaca masalah tu kat sini, jadi terkenang
pula. tak nakla..

Sebenarnya kan awak...kita sakit hati dan sedih kat 'orang itu', 'orang itu', 'orang itu', 
'orang itu', 'orang itu', 'orang itu', 'orang itu', 'orang itu', 'orang itu', dan 'orang itu'.

hahaaa...banyakkan. Tapi tak apalah, semoga Allah lapangkan dada kita, 
berikan kesabaran yang tinggi dekat kita,
lembutkan hati kita,
kasihi kita kerana terlalu banyak dugaan Dia beri pada kita.

Hati ini kena sentiasa lapang, sebab terlalu banyak rahsia yang nak disimpan
di dalamnya. Kena selalu 'scan' dan compress. hahhaa

Kita harap, kita akan kuat, cekal, dan terus tawakal.
Menaip kan blog ni pun dah rasa beban sikit kurang.
Terima kasih banyak2.

Amin..jumpa lagi nanti.

p/s : sentiasa doakan yang terbaik untuk diri kita. 

No comments:

Post a Comment