Sunday, July 26, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Episod 1 ~~

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin semua.

Rasanya tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya.
Dah masuk raya ke 10 kita kan, rasa macam cepat pula masa berlalu.
Ada balik kampung jenguk family tak? mestilah ada kan?
i pun sama... kampung i nun jauh di Bachok, Kelantan.

I balik kampung 3 branak dengan bas pada 15hb Julai dekat Stesen bas sementara
Shah Alam. Naik bas Sani Ekpress. Ni adalah pengalaman pertama Aisya 
naik bas...hahaa...kecoh satu bas dengan suara dia.
Happy betul dapat naik bas.

Nak dipanjangkan cerita, jalan jemm giler babas uols. Tiket bas 8.30pagi, tapi bas
sampai pukul 9.30am. duk nyotnyot atas jalan, akhirnya alhamdulillah
sampai dekat Tesco KB pada pukul 9.30 malam.
bukak puasa dengan Twisties and seaweed snek je.
Si Aisya ni sepanjang 12 jam tu dah brapa botol susu dia sedut.
Dan brapa kali duk tanya Atok, Wan and Uncle dia dekat mana?
Jenuh nak explain dekat dia. Al maklumlah budak baru nak masuk 3 tahun.

Sampai je dekat KB, dah nampak ayah berdiri dekat  pintu bas dengan 
senyum lebar. ku salam tangan ayah and cium tangan dia.
tetiba rasa sebak. dan lama tak jumpa ayah...last jumpa
time CNY bulan 4 aritu...huhuuu

Ayah, mak and anak sedara aku; Damia yang nak masuk 4 tahun
datang sambut kitorang and ayah bawak kitorang
gi makan. last2 sampai rumah pukul 10.30 malam.

Dipendekkan cerita, tibalah masuk 1 Syawal. aku pakai baju kurung sedendon dengan 
Aisya. kain cotton yang Mak mertua aku beli dekat Vietnam bulan 3 hari tu.
aku minta mak buat Aisya baju kurung juga. alhamdulillah siap juga akhirnya.
suami aku pula, macam biasa. malas nak gi beli baju raya.
katanya, dia dah ada banyak baju melayu. pakai pun jarang2.
ala...dah tak sedondon kita 3 branak...pasrah je la..


si budak kecik tu asyik betul dengan gitar mainan dia. nak minta
senyum depan kamera pun susah.


malam tu terus nak balik Sg Buloh dah. flight pukul 9.55 malam. tapi skali delay 
pulak la AirAsia ni...pukul 10.55 pulak.  so sempat la menyantap dekat
KFC Sultan Ismail Airport skejap sementara nk tunggu flight tiba.





selamat tinggal Kelantan...InsyaAllah akan kembali lagi nanti.
Ni baru post episod 1. nanti i shared story part 2 pulak ye.
Bye and wassalam.

No comments:

Post a Comment