Sunday, February 6, 2011

Andai Angin Sampaikan Salamku Padanya Part I

silau mentari hinggap ke mata,
laksana pisau yang masih baru,
masih tajam, menyilukan jemari,
dan aku,
pedih,
menanti sesuatu yang sering kufikirkan,
sesuatu yang terlalu aku harapkan akan berlaku,
meskipun sesuatu itu selalu jauh dihadapanku,
dan bebayang sesuatu itu sering bermain,
berlari dan melanggarku,
sakit??
xpernah aku sakit tatkala dia melanggar jasad ini,
malah aku redha..
meskipun hati ini pedih,
sedih,
tatkala terdengar gurauan sinis,
bisa hinggap ke naluri ini..
namun aku,
tetap mengukirkan senyuman,
tetap teguh dengan pendirian,
sabar menanti,
terus menanti sesuatu...

sesuatu yang bagiku masih kabur,
kurang jelas di pancaindera ini,
tidak lengkap...

sesuatu yang berbentuk abstrak,
sukar untuk digapai malah ditatap,

ya, allah ya tuhanku...
andai sesuatu itu kau hadiahkan padaku,
akan ku tanam menjadi pepokok rendang,
akan ku lukis menjadi lukisan indah,
akan ku taip menjadi karangan syahdu,
akan ku lirik menjadi puisi nyanyian puitis,
akan ku bajai menjadi kuntuman bunga mekar...

insyaallah ya tuhanku...
itu janjiku
janji seorang umat yang lemah dan rukuk padamu...
amin ya rabbal alamin...

Wednesday, January 5, 2011

Lagu yang Aku suka dengar~~~

byk lagu aku suka dgr, tp dlm byk2 lagu tu...ada certain2 lagu y boleh buat aku terimbas kembali pada zaman2 y lepas2..rs mcm baru blaku klau dgr lagu tuh n di antaranya ialah :-

1. Antara Gadis (kump pun aku xtw..mendengr j) lagu ni mmbuatkn aku tringt time aku kcik2 duk men org2 y di buat daripada kertas n baju y cantik2...harga pun juz dlm 20sen jer. men ngn kawan2.siap buat rmh2 lagi...btol2 mmbuatkn aku rindu time tu.. skg ni dh lama xnmpk..ada sx tu, adik aku bwk blek y di bli kt kdai dpn SK Bachok...wahhhh makin comel aku tgk...

2. Lagu Exist, tap aku xtw ape tajuknya...aku cuma tw lirik ni jer...y tlh di ubah sdr oleh aku+kwn2 time kcik2 dlu...
tiada ku sangka cempedak jadi nangka
itik jadi angsa, duit berjuta-juta
simpan sampai raya, bawa mak mentua,
naik proton wira.....
haha, tu jer y aku suka...time tu, aku duk men pasir2 ngn abg+spupu2+kwn..la ni, xde dh proton wira...kn ganti ngn VIva plak...2 bw mak mtua....

3. Nothing On You - ini mbuatkan aku rindu dekt si dia time aku+adik aku bkunjung ke KL dlu utk mbeli cincin risik...

4. Da bomb - lagu ni pop time aku duk di UiTM...sbilik plak ngn Amm, akma n zila.. n ktorg reka lagu ni utk amm...jadiknya... AMm mmg Da Bomb...hahaa cute kn???

5. Cake - i will survive...lagu fev zilla time tu...duk karok dlm bilik jer..time part 1, dia dlu y bli ltop so, hya lgu tu y dia suka menkn...bx2 dia psg...xjenuh btol...

6. Sway - m.buble....lagu ni time aku+kwn2 duk practis trian poco2 utk mlm planning nite..so sweet sgt mlm tu...wlpun aku xdpt join dsbbkn oleh ksilpn tknikal y amat aku bencikan...

7. kiss me through da phone - sweeetttttttt~~~tu jer y mmpu aku ktkn sbb aku t'amat sukakn lagu th...mklumla bl dh msing2 duk bjauhan. sorg di KL n sorg g di KeLantan....

byk lg lgu y aku suka...tp aku xdan nk ingt tjuk lagu tu....pepe pun ni lagu wajib y aku slalu psg kt ltop aku...so, hopefully uol enjoy...tata n wassalam...

Monday, July 19, 2010

PROJEK BESAR PUNYA!

Salam...

wah, sjuknya kt ofis ari ni...mresap ke tulang jemari aku n make my hand so hard to writin' more n more. bl tgk tittle kt blog aku, grenti korg sume msti duk piki...apakah projek besar itu? yeah, gud question!!! projek bsr y aku mksudkn 2 adalah keje y aku tgh handle skg ni...wa ckp kt lu, ini projek manyak2 big ooo~~~ so means, keje y aku kn buat pun manyak2 big oooo~~~~... aku mls nk ckp apakah projek itu..so, aku nk korg view je kt sini :

http://www.harakahdaily. kt KELANTAN PESAT MEMBANGUN....heheheee

K tata u all's...chow kit kong~~~

Sunday, May 30, 2010

GILA DOSA???

Salam guys...

saja je nk ltk tajuk y gmpak bia org tkut nk bc...bukan p juz sj nk sharing maring ngn korang psl dunia artis zmn skg ni...

dulu, ada sorg ustazah time aku sek.men.XXXX pnh bgtw y artis pd zmn nabi adalah pnari+pnyayi y pkai sexy-mexy tu...adalah GOLONGAN KHADAM TAHAP PALING RENDAH SEBELUM KHADAM(org gaji)...

SO, pada zaman ni plak khadam2 tbabit dijadikan sbg IKON. logik x org y thp paling rendah daripada kuli dijadikan ikon????? mmg xpatuttttt~~~~ so, fikir2knlah n slamat bramal~~

Wednesday, March 24, 2010

TAKUT~~~~

assalamualaikum.....

hello3....
lamanya xupdate blog aku. makin malas lak slps masuk thn baru ni...actually, aku bukannya malas, tp makin bz ngn keje part time ni.... maklumlah, dh kejenya part time..

go to tajuk post kt atas...tu sbnrnya y sdg bmain dlm mind aku. otak aku dh jamm ngn ayt tu. mkin srabut n berhabuk..Aku sbnrnya dh tulis entry lain td..sal nk keje gov or private...last2, aku buang blik coz..takut kn tangkap ke, saman ke...ssh we men ayt2 gov ni...so, drpd aku luahkn dkt cni, better aku sumbt sumenya dlm diari comel ku...sonang!

aku cuma nk bgtw sal kburukan minta keje kt gov j...tp, dek byk sgt kelemahan...aku tpaksa cut3 je story mory tu...sbbnya aku TAKUT!...hahaaa....datuk3..don't sue me! k la...ktakutanku dh makin naik skit ni, so i better stop now..tataaaaaa n wassalam n fikir2kn dan slamat beramail~~~

Tuesday, December 22, 2009

BIODATA NABI MUHAMMAD

Kita skrg lbh kenal artis drp Rasulullah, lbh menyambut hari valentine drp
menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik!

Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada
perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan
ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH S.A.W.

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan...
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan


pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku.


Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

P/S : dari dlm inbox email aku

Wednesday, November 4, 2009

what is this??

salam,

tgk tajuk pun mesti korg t'tya2 apekah bnd y nak aku sampaikan nt..well, sbnrnya aku nk kongsi ngn sume ttg 1 rmh y aku jmp lately ni dkt kaw rmh aku. bagi aku ckup pelik n ada unsur2 seni dr babylon..cukup unik..yang dinamakan 'ISTANA BUNIAN"...wawawaHHHH

ini gmbr adik2 aku di dpn rmh bunian ini..smptla gak buat kngn..ape y diceritakan o tuan rmh ni adalah dia mengambil masa lebeh 20 thn untuk myiapkkn separuh rmh ni..ni pun tak siap lagi.. jom tgk bahagian luar plak..


amacam? cantik x? next pic plak 2 bahagian dlm y masih blum siap spenuhnya juga. ayah aku time tu duk interview tuan rmh..heheee..

ini plak pintu depan Istana Bunian tu...cukup kreatifkan? pelik..pelikkk...


ini tangga nk ke tingkt 2..atas, tapi tak siap gak...bwh tangga, ada kolam ikan tuu~~

tiang2 comel kt bgian dapur..bawah tu pun kolam gak.. so, cmne? cun x? k la aku chow dulu... wassalam n slamat bhibur ngn gmbr ni...tata