Thursday, April 26, 2012

Novel Rindu Tak Pernah Beralih - Bab 1


Bab 1

Cinta oh Cinta

Lama betul minah ni buang air. Air kecil ke air besar? Kakinya terasa lenguh dek kerana sudah lama berdiri. Dia menoleh lagi. Namun temannya tetap belum muncul-muncul juga. Perlahan menghentak-hentak kaki ke lantai. Dia sudah mulai bosan menunggu lantas mengambil peluang untuk meronda-ronda ke kawasan sekeliling. Satu persatu baju cantik yang tergantung di situ, di pegang. Matanya terpaut pada sehelai baju yang baginya cukup menawan. Di ambil dan diperagakan ke tubuh yang langsing. Beberapa gadis yang melintasinya melihat sambil tersenyum-senyum. Dia pelik. Salah ke kalau aku nak pakai baju ni? Dia orang tu jealous dengan aku sebenarnya! Nurin mencebik.

Dia menoleh ke belakang dan matanya bertembung dengan sepasang mata dari spesis yang berlainan dengannya. Masing-masing tergamam. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Tanpa sedar dia turut membalas senyumam itu. Manis betul senyuman dia! Handsome pula tu. Tiba-tiba seorang wanita mengandung menghampiri lelaki itu. Nurin terkedu. Alamak, suami oranglah! Mampus!
“Sudah berapa bulan? Mesti baru dua bulankan?” Telinganya dapat menangkap percakapan orang di sebelah. Apa yang bulan-bulan ni? Makin tidak faham. Dia terdiam seketika. Mendongak ke atas. Patutlah budak-budak perempuan tadi gelakkan aku. Ini tempat baju mengandung....dan patutlah lelaki tadi senyum dekat aku. Dia ingat aku mengandung juga ke? Terus dia kembali ke tempat dia menunggu tadi. Terasa bahu di cuit. Dia kaku. Mesti isteri lelaki tadi. Macamana ni?
“Hoi, Cik Nurin. Kau ni kenapa? Keras macam batu saja. Sengal apa?” That sound? Dahinya berkerut. Ahah Qistina! Terus dia menoleh. Qistina merenungnya pelik.
“Kau pergi mana tadi? Puas aku cari.” Qistina menyoal. Nurin terdiam seketika. Teringatkan kisah cinta sementara tadi. Kisah cinta ke? Banyaklah!
“Banyak soal pula kau ni. Kau tu yang lambat, tanya aku pula. Apasal kau lama sangat dalam toilet tadi? Berak tahi batu ke?” Soal Nurin pula. Qistina tersengih-sengih.
Sorry.... perut memulasla. Tak boleh tahan.” Penjelasan ringkas dari Qistina.
“Dahla, jom balik. Aku dah boring ni.”
“Okay, jom.” Terus menarik lengan Nurin pergi.

            “Wah, sempat  kau main mata depan aku, ye? Curanglah kau ni Nurin. Sudah ada aku yang cun dekat sebelah, dan lagi nak cari yang baru.” Ucap Qistina sambil tergelak-gelak. Nurin tertawa sambil pura-pura nak menyekeh kepala sahabatnya itu.
            “Mana ada aku curang. Sudah kebetulan dia senyum. So, aku senyumlah balik. Tapi tak sangka pula dia tu laki orang. Melepas...” Qistina merapati lagi.
            “Handsome sangat ke? Dengan Harith mana lebih handsome?” Nurin tersentak, merenung tajam wajah gadis di sebelahnya.
            “Yang kau gatal nak banding-bandingkan dengan Harith ni kenapa? Ingat aku kemaruk sangat dengan budak sengal tu? Tolong sikit.” Qistina menjuih mulutnya.
            “Eleh, macamlah aku tak tahu. Kau suka pada Harithkan?” Soal Qistina pula.
            “Gila apa kau ni? Betul, aku tak suka dekat mamat sengal tu. Kau tak percaya? Lantak.” Aduh, apa hallah perempuan ni tiba-tiba sebut pasal Harith pula hari ni? Macam dah tak ada nama lain ke dekat dunia ni.
            “Yelah-yelah, aku percaya.” Terus menarik nafas lega.

No comments:

Post a Comment