Thursday, April 30, 2015

I LOVE Football ~~

Salam semua...

Kalau korang semua baca tajuk post kali ni, mesti time tu korang dah
terpikir pasal pasukan negeri korangkan?? Hahaaa...well, aku pun sama.
Oleh kerana aku orang Kelantan Darul Naim totally aku pilih 
pasukan RED WARRIOR! Gomo Klate Gomo!!...Tapi suami aku pulak tak layan pasukan 
bola sepak Malaysia. Dia and family dia more prefer to bola sepak
Eropah. Dia suka pasukan Liverpool, ayah dan adik dia suka Manchester United,
adik ipar aku yg ke3 pula suka Arsenal..aduii.

Kalau di peringkat World Cup or FIFA, aku suka pasukan Jerman.
Ini semua gara-gara ambik subjek Bahasa Jerman as Third language time study
dekat UiTM Shah Alam 5 tahun yang lalu. So, jadi minat pada pasukan Jerman.

Tapi sekarang ni, perkembangan bola sepak Malaysia dah melalui banyak
perubahan. Dari orang tak minat, jadi minat. membuatkan sifat kenegerian
kita menjadi semakin kuat. Betul tak?


Walaupun perempuan, aku tetap minat bola dan sekarang lagi 
ramai orang perempuan minat bola. Ada yang support team negeri sendiri,
ada yang support team husband. Semua tu tak kisah, janji kita support
team Malaysia.

Aku minat team Kelantan sejak kecik lagi sebab selalu teman ayah
aku tengok bola malam-malam. Dulu aku masih ingat lagi yang pasukan
Kelantan ni, orang tak suka sangat sebab selalu gaduh dengan pasukan lawan. Memang betul...orang Kelantan ni ada angin amarah yang kuat kalau orang berbuat
jahat dengan dia tapi dia akan jadi sebaik-baik kawan jika kita
baik dengan dia.

Untuk merancakkan lagi kempen bola sepak Malaysia, syarikat2 bumiputera
pun turut terkena tempias dengan mengiklankan produk
mereka. Penuh di jersi..jom kita tengok..

Ni jersi pasukan Kelantan...The Red Warrior.
Set kito, kalu nak tahu info sal team TRW, pakat rhama2 serbu blog ni, dengan view 
SINIH deh. 

 Ni pula team Terengganu..Skuad Penyu...The Ninja Turtles..sorry gurau je..
Orang Tganu, demo semo buleh check sebarang info pasal Team penyu dekat SINI.

  And ini team Kedah.. Sang Kenari atau Helang Merah.

If, korang nak tengok pasukan negeri masing-masing boleh view dekat
blog sukan SINI.

Apa2 pun, sokonglah pasukan bola sepak Malaysia..and bak kata Menteri Sukan Malaysia,
Majulah Sukan Untuk Negara..

Bye and wassalam..

No comments:

Post a Comment