Monday, July 11, 2011

Nak Hilangkan Dahaga/Lapar Time Bln Pose?

salam

sja nk sharing satu tip bkesan y slalu aku amalkan time blaja kt uitm shah dlu bila tiba bln pose.
aku ni spesis y jenis MALAS nk bgun sahur.
so, dlm erti kt y len aku akan bsahur pkul 12 sblm aku tido.
aku bsahur ngn NESTUM+KURMA.

Bahan2nye :
1. 1 pek nestum NESVITA 3-1
2. sebiji kurma

cara penyediaannye :
mula2 bancuh pek nestum dlm air panas n then masukkan kurma y dh dibuang biji ke dlmnye.
lenyek2 skit isi kurma itu bia hancur n susu nestum jd cm kaler koko skit.
u can c the kurma td jd ketul2 kcik n then siap!
dh leh minum..
but, minum slow2 tw...
insyaallah minuman ni dpt mhilangkan dahaga n lapar anda time pose nt..

meh, aku hidangkn lagi ngn KHASIAT BUAH KURMA/TAMAR utk pedoman bsama

* * * * *

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix danctylifera , dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan traditional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskanotak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran


Sunday, July 10, 2011

My Lunch~~

salam..

kejap j dh nk pose. aku harap thn ni aku dpt pose ngn penuh..
insyaallah..
cakap psl pose, aku xpnh kisah sal makan.
so, mean aku rs cm same je bln len ngn bln pose.
almaklumlah, aku suke berdiet y ntah p ntah..
nk kate aku gemuk gedempol, xjugak..
malah kurus je..
tapi suke berdiet, xmakan..
my b aku dh terkena sindrom ANEROXSIA kot????
fuuh...mintak jauh...
kadang2, mkn pun men redah j..
tu dia..ni lah lunch aku..mmg shari dlm sminggu, inilah Lunch WAJIB aku...
sedap~~~
smakin hari nk dekat bln pose nih,
makin kerap aku masak kt rmh..
smlm aku buat kek puding berlapis..
aku bw g opis..
bdk2 ofis ckp sdp n siap mtk resepi lagi..
bangga aku..
hahaaaa...
ini puding y aku buat hari jumaat...y smlm sdg enak duk bjemur di dlm peti ais ofis..
heheee
lapisan bwh tu kek, 2nd kastard krim n 3rd agar2..
so, bila ms plak jd puding??? ntah aku men redah j...


Panjangnye name~~

al-kisahnye bermula.....


Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Saturday, June 25, 2011

Bersiul Itu Dosa!!

salam..

aku nk share sumthin y slalu duk bmain dlm otak aku. dulu, tgk org bsiul cmbest j. tringin nk buat, tp xreti. pnh aku try buat, bsembur air liur kluaq..hahaaa...ada sorg kwn aku pndai bsiul n last2 kena tgur ngn Ustaz. Ustaz ckp, xbek bsiul..ibarat awk MENYEMARAKKAN API NERAKA! SEBAB SETAN SUKE BSIUL N BTAMBAHLAH BEST FRIENDNYE NT... wah, tkejut beruk aku..puuhh, nsibek aku xreti. mungkin itulah hikmahnye buat aku..

akhirnye, aku try search kt itnet sal HUKUM BSIUL ni..n aku jumpa..dia ckp..

*********************************

Hukum bersiul:

SS Mufti Wilayah, Dato' Hashim Yahaya, Masail Fiqhiyah, menetapkan bersiul itu HARUS.

Dalil: AQ: 8: 35 (Dan tidaklah solat mereka pada sisi BaituLLah itu melainkan bersiul dan bertepuk tangan.) terjemah. Imam alQurthubi menjelaskan amalan bertepuk tangan dan bersiul ini merupakan amalan jahiliyah kerana dilakukan dalam ibadah. Jika dilakukan di luar ibadah atau di luar mesjid, maka tidak ada larangannya.

Bertepuk tangan dan bersiul juga dilarang jika ada tujuan menyindir dan mengejek.

Dalil: AQ:alHujurat: 11

Maka jika tepuk tangan untuk memberi semangat tidaklah mengapa, begitu juga bersiul, kalau utk kita saja dan tidak mengganggu orang lain, maka ia harus. Malah orang zaman dulu spt gembala kambing menggunakan siulan utk menghiburkan dirinya dan memanggil ternakannya.


sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay

****************************************

Jawapan :

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum bersiul (التصفير) sebahagian mengatakannya makruh. Dalil mereka adalah firman ALLAH swt :

وما كان صلاتهم عند البيت إلا مكاء وتصدية

Maksudnya : "Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan." (al-Anfal : 35)

al-Lajnah al-Daimah Arab Saudi ketika ditanya tentang hukum bertepuk tangan di dalam ayat di atas menjawab :

"Tidak harus bertepuk tangan, sekurang-kurangnya (hukumnya) adalah makruh yang bersangatan disebabkan ia adalah tanda jahiliyyah…" http://www.islam-qa.com/index.php?ds=qa&lv=browse&QR=20047&dgn=4&ln=ara

Manakala sebahagian ulama lain beranggapan bersiul itu adalah harus, kerana ayat al-Quran di atas menyebut sikap buruk jahiliyyah yang bersiul dan bertepuk tangan ketika beribadat. Maka jika di luar ibadat, ia menjadi harus.

Namun sebagai langkah berhati-hati adalah lebih baik kita menjauhi dari bersiul dan bertepuk tangan. Tambahan pula perbuatan itu telah menjadi kebudayaan orang-orang kafir, di samping banyak cara berhibur yang lain.

wallahu a’lam.

sumber : http://capitt.blog.friendster.com/

***************************************

Bersiul-siul biasanya digunakan oleh golongan bukan muslim. Maka kita sebagai muslim tidak seharusnya mengikuti kebiasaan mereka.
Kiranya kita dah tiru merekalah...

Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka.”
(Diriwayatkan Imam Ahmad )

sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11488.0

*************************************

So, itlah jawapannye..ape y pnting = BERDOSA

Smoga uols mdpt keredaannye..amin..


Wednesday, June 22, 2011

Buah Salak ~~

salam..

gerenti korg tkejut beruk bl dgr nama buah nih..but that's true..mmg nama buah ini adalah buah SALAK..tp hya di Kelantan Darul Naim sj di panggil buah SALAK..n kt tmpat len aku xtw..rupe buahnye macam pic kt bwh nih...
ni pic buah tgh fresh dr kbun datuk aku...hahaaa..buah dia cam buah kelubi sikit sbb kulit dia keras n ada cm duri2 halus y tajam.korg knl kelubi? klau xknl bek ko google sdr..mls nk cite. so, klau nk kupas tu kn hati2 skit..tkut ttusuk ke dlm jari or kulit..huhuuu..
tu dia...bginilah rupenye..rs manis, masam n kelat klau y xbrape nk masak. klau kelat, nenek su aku suka wt jeruk..besttt~~~to Mr. F, dh kwin nt, ai bw u dtg sini..heheee..jom kita mkn plak...nyummmm
seorg hamba Allah, telah memakan buah ini utk mnampakkan bijinye..heheee..makan punya makan..last2 smpaila ke bijinye. so cmnilah biji buah salak...
harga skilo buah ni, leh mcecah dlm puluhan ringgit tw..n standan buah salak dlm 3-4 kilo. pehh, so mahal! rumah aku ada spohon...hahaaa, tu pun br nk blaja bbuah..xtwla cmne jdiknye..klau korg tliur, better g cr la ye..k tata n wassalam..


Monday, June 20, 2011

Trips ke Pulau Perhentian

salam,
saja nak kongsi
pengalaman ai time g trip ke PP last weeks ngn bdk2 ofis n bdk prcktikal slma 3h-2mlm n stay kt Watercolours Paradise Resort. pehh, duk sini mmg slesa n makanan pun sdp! mmg xkbulur lgsung. kitorang dftr by package n dlm rm250 seorg. MEMANG BERBALOI- BALOI.. nasib bek pkai duit company.

panorama dia...gempak sih..ckup cantik..mat2 salleh n minah salleh pun...fiuwww...cerah mata...hahaaa...TIP TOP! hahaaaa...meh, aku cite skit sal event dia...

**********************
1st day - check in pkul 11pg, mkn bfast. pkul 1230 lunch..sdpnye.aku jus mkn roti n rendang. mls nk mkn nasi. pkul 230-snorkling. aku takut sgt men air n nsib bek ada guide ni y bleh dikelaskan sbg guide bpangkat adik, pimpin tgn aku smpai ke laut dalam...huhuuuu...TAKUT!! n Mr. F, ai tak curang taw..last2, aku dh pnt n stop sbb aku pening kpala. guide tu ckp aku MABUK LAUT. n aku tpaksa kancel 2nd xtvt snorkling pd ptg itu...blek tu, pkul4ptg, ada mkn ptg ngn kepok lekor.. nyummm...n mlm, mkn bsr-BBQ time..sedap sengotilah!
ni time kt jeti kuala besut-park kete kt sni..

ni time dlm bot ke PP

ni plak time lunch before g 'senokling'..hahaaa

2nd day - bfast-jungle trekking ke long island-n ptg tu 2nd snorkling ke taman laut PP. aku sdikit brani-kpla pun dh pning skit-snorkling g tgk shark, aku xg sbb pning. juz duk ats kapal j-next ke air sg.brani. sejuk gila. air sg ni mngalir trus ke pantai...huuu..mkn ptg-roti telur n mlm pun mkn bes gak..TERBAIK!!
cantikkn? Mr.F, jom 2nd honeymoon nt kt sini...ahhaa


last day - packing brg 2 blek-bfast-check out n nek bot blek ke jeti kuala besut-bli 'gajet'..hahaa
aku suh bdk prak drive Mr.viva sbb kaki aku dh lenguh...n smpai d rmh pkul 140ptg..fuuh, bhgia...

Katakan 'Tak Nak Pada Rokok'

salam,

aku sbnrnye sj j nk share sal kampen ni...t'utama pd kaum lelaki n certain2 kaum ppuan y suka sangat pada batang ekzos ni. my b kampen y dikerah by government n private sector on media electronic ni xbrape berbekas di hati dorang..or KORANG MEMANG BEBAL! TAK MAKAN DEK SAMAN - kalau org tua2 ckp.
Syukur alhamdulillah y ayah aku xmerokok, tp abang n adik lelaki aku merokok. ceh~~ sungguh bebal! n syukur gak sbb my future hubby xmerokok like dorang.. ni y buat ai makin cayang kat Mr. F sgt2.

sebab, AKU TAK SUKA PADA ROKOK, BAU ROKOK N ORG YANG ISAP ROKOK!

aku ni low blood pressure.so, bl idungku tercium bau asap rokok, automatik rs nk pecah. ada sx aku interview ofismate aku.
situasi A:
aku : ee, mr.r xtakut ke klau baby mr.r jd mcm ni? (duk tgk mayat janin kat kotak rokok)
mr.r : ala..bukan ai y mgandung pun...(pulak??)

situasi B:
mr.s : sakitnye kepala ai..
aku : my b sbb isap rokokla tu..
mr.s : bukanlah. klau isap rokok, sakit jantung n paru2 je. tak d kaitan ngn kpala
aku : hai, tau pulak kesan rokok pada badan, tp dia sdr y merokok...
si suami kaki perokok n grenti menyebabkan si isteri n anak mereka terddh pd kesannye. isteri leh jd janda - sbb si suami mati awal (ngtif) n dpt kawin baru (positif). anak pula cacat (ngtif) dpt plak kad OKU n bantuan kebajikan (positif) n boleh membawa maut..huhuuu dasatt~~

pada ibu2, aweks2 y pakwe or husband korg y seorang perokok, better uols bg nasihat cepat2 klau xnak menjanda muda. sebab asap itu besfren syaitan. takkanlah bnda kcik mcm ni pun uols xtw...bygkn klau asap2 ini memenuhi rmh uols??? huhu, tak tawlah nk ckp p. better uols pikir sdr. gegirl..jgn lupe pesanan ai..ok, ai chow cendul dlu..tata n wassalam