Monday, March 23, 2015

Sewaktu Bulan Mengambang ~~

Salam semua..

Mesti korang ada rasa takut sikit tentang post malam ni.
Tajuk saja gempak, sebenarnya i nak crita pasal 'bulan mengambang'.
dalam istilah orang perempuan, 'datang bulan' and dalam bahasa mat sallehnya
adalah Period. ahhahaaaa..

Aku nak korang imbas kembali time muda-mudi. kita go back ke time kita sekolah menengah or rendah. Ada sesetengah wanita ni, darjah 6 dah mai period.
dengan itu, bermula la pengalaman baru mencecah ke peringkat gadis sunti.
Akil baligh. Masa ni, kita jadi panik, tak tahu sangat and mungkin mak
pernah cerita pasal ni. tapi tak banyak.

Bila dah 'terjadi', kita akan mencari satu penyelesaian yang paling superb.
macam2 jenama ada kat kedai ketika datang bulan mengambang ni.
i dalam kategori lambat. datang bulan time di form 3.

Dulu, selalu nampak mak bawa 'sesuatu' macam bentuk biskut yang dibalut dengan
surat khabar cina. bila di buka, nampak bungkusan tulis CARINA.
belek-punya belek, terpikir sekejap. Apa benda ni?? kapas benda ni?
Bila pi tanya mak, panjang lebar mak crita.
Ibarat Habis satu buku teks sains tingkatan 3, mak karang.
Hhahaaa....akhirnya baru i paham.
Mak, cakap...orang perempuan time datang bulan, kena sorok2.
Malu kalau orang nampak..sebab benda ni kotor. Darah kotor katanya.

So, kalau i pi kedai kat kampung pun, mak cik dekat kedai tu 
akan tolong balutkan pek KOTEK untuk i walau pun i tak minta.
Sebab, hanya makcik2 je tahu tabiat bungkus pek ni.
Orang muda2 skrang ni takde.

La, ni...kita beli pek and siap hayungkan lagi pek tu.
Dengan bangganya nak tayang satu dunia yang dia tengah datang bulan
mengambang. Errrr....

Tapi ada satu yang buat aku kagum...bila lelaki pergi membeli 'benda itu'
untuk isteri tercinta. Macam sweet je, sebab kaum lelaki ni terpaksa tebalkan muka
pergi beli benda itu.
Hahhaa....paling tak sanggup dengar bila..
"Sayang nak yang ada wing ke yang biasa?"
Hhahahaha...seriously win!

So, time ni macam2 pengalaman kita ada. bagi wanita yang ada anak perempuan,
ajarlah dia, bimbinglah dia...agar dia paham kenapa dia
dijadikan sebagai wanita.
ceritakan tentang keistimewaan seorang wanita.
agar dia rasa diri dia dihargai...
bak kata iklan loreal...kerana diriku begitu berharga..wiii..
ok..bye and wassalam

No comments:

Post a Comment